Monday, August 15, 2011

Aku dan Dia (23-i)


Cuti sudah bermula.Syukur exam dah selesai.Ringan sebelah badan rasanya.Aulia memandang ke luar tingkap.Abah datang dengan kereta Pak Ngah.Ambil Aulia sekali dengan Bang cik.Cuti sama waktu la pulak.

Universiti Sains Malaysia,Kampus Kejuruteraan.Maksudnya di Seri Ampangan.Masih lagi di dalam Penang tapi tak payah guna jambatan.

Abang aku nak jadi engineer.Macam mana nak duk dekat kampus induk? Kampus Kerian lagi la.Kut aku yang nak jadi doktor ni kutla terbaling ke situ.

Aulia bermonolog sendirian.

Mana tau,tengok-tengok abang aku and the gang yang ambil Aerospace Engineering yang tubuhkan NASA atau Roscosmos versi Malaysia.Ameen.

Lepas tu,umat Islam Malaysia pun gah di mata dunia.Tak payah dah fly pi Star City nak belajar Aerospace Engi. di Yuri Gagarin Aerospace Training Centre.Malaysia pun dah ada Al Najm Aerospace Training Centre.Aku kan suka bintang.Nanti aku suggest kat Bang cik.Ameen.Abang aku yang study Aerospace Engi. aku pulak yang beriya-iya.

Tersenyum Aulia.

“Assalamualaikum.”

Satu suara tiba-tiba datang dari sisi.

Huhh.Bila masuk?

Bang cik dah ada dekat sebelah.Kepalanya bersongkok.

Baru lepas akad nikah ka apa?

Bang cik bersalaman dengan semua.

“Hmm.Bang cik,handsome hari ni?”

“Ada presentation tadi.Saja pakai macam ni.”

Oooh..Buang tie? Tabik spring!

“Abah nanti singgah dekat Sg.Petani.Hassani yang dekat  Billion tu.”

Aulia memecah sepi.

“Lambatla nak boleh balik jawabnya.”

Terdengar suara Bang cik memberi respon di sebelah.

Rajin pulak buka mulut.




Dark red or deep blue?

Mana satu ni?

Aku suka merah tua ni.Sama macam aku punya la pulak.

“Cepat sikit.Jangan nak tawaf satu bangunan ni pulak.Taula Hassani ni besar.”

Kuss..semangat.

“Ok.”

Bang cik ni tetiba rajin sikit dari biasa ni apa pasal? Aku nak dapat kakak ipar? Eh bukan sepatutnya dia kena mesra dengan mak ka?

“Beli Tafsir Quran?Baru nak beli ka?”

Bang cik mencapai salah sebuah tafsir yang ada di hadapannya.

“Em.Beli dekat kawan.”

Mimik muka mengerti terlakar di wajah Bang cik.

Pelik abang aku sorang nih.

No comments:

Post a Comment