Diana menarik sebuah kotak keluar dari bawah katilnya.Penutupnya dibuka.Hampir penuh terisi kotak peninggalan Umi Marissa itu.Ada pelbagai hadiah hari jadi,origami buatan mama dan banyak lagi. Tetapi yang paling menarik hati Diana ialah diari-diari arwah.Terima kasih kepada atuk dan nenek yang menjaganya sebaik mungkin sebelum diberikan kepada aku.
Diari umi dibuka lagi.
Tulisan tangan uminya dibaca dengan penuh minat.
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrah kan semua padaMu
Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kiniku harapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah
Selama ini Ya Illahi
Muhasabah cintaku..
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu..
Muhasabah cinta-Edcoustic
Diana menyelak ke helaian seterusnya.
9 Mei 19**
Penyakit ku ini dikatakan membawa maut.Saat aku mendengarinya, hati aku tersentak sebentar.Kemudian aku berasa tenang kembali.Allah menyayangi diriku. =)
Lamunan membawa aku kembali berlayar di masa lalu.
Ada sebuah drama Jepun yang sangat popular pada zaman remajaku.
Kata-kata watak utamanya yang juga merupakan penghidap penyakit membawa maut sangat menyentuh perasaan.Sesuai dengan tajuknya, ramai penonton berjaya menitiskan sehingga 1 liter air mata.Mungkin lebih~
Teringat juga kepada Soffieya.Bukan salahku jika matanya kebengkakan penangan drama itu.
Andai saja waktu itu dia mengetahui nasib yang bakal menimpaku.Sedih yang bagaimanakah bakal dirasa olehnya?
“Kenapa penyakit ini memilih aku?”
Semasa menontonnya, tidak pernah terlintas di fikiran ku aku juga akan menempuhi nasib yang sama.
Tapi sekarang, Alhamdulillah. Aku tak sesekali menuturkan pertanyaan seperti itu.
Kerana, telah ku rasakan..Aku sudah puas menikmati kehidupan.Kehidupan itu satu ujian.Telah ku jalankan dengan semampu yang boleh.Ku harapkan Allah merahmati aku, dan memilih aku untuk menatap wajahNya.
“Jika begini akhirnya, apakah tujuan aku hidup?”
Aku juga tidak ingin menanyakan soalan yang sudah ada jawapannya.Hidup satu ujian.Moga-moga aku lulus dengan cemerlang.
“Penyakit ini amat kejam”
Mungkin kerana penyakit ini aku menemui ajal.Tapi tak ku rasakan ianya kejam.Kerana bagiku, seorang hamba patut menerima segala ketentuan Yang Maha Kuasa.Kesakitan dan kesedihan yang ku alami sekarang tidak begitu terasa bagiku.
Mungkin kerana hati ini sudah begitu banyak menempuhi pelbagai rasa.Gembira dan duka silih berganti.Sehinggakan ia kehilangan deria untuk merasa.Mungkin dulu aku seringkali merungut mengenai kepedihan realiti dalam kehidupan.Pernah ku rasakan kadang-kadang takdir ku terlalu tidak adil.Dengan senangnya kebahagiaanku diragut pergi.Hati bagaikan dilambung ombak.Tidak pernah dalam keadaan tenteram.Namun dicelah-celah itu, aku juga bersyukur.
Sekurang-kurangnya, aku dapat menikmati kejayaan yang diidamkan,harapan keluargaku terlaksana dan impianku untuk menjadi isteri yang solehah termakbul jua.Dan kini,aku juga berpeluang menjadi seorang ibu.Syukur kepada Allah.Hidup aku terisi.Walau mehnah dan tribulasi menduga,namun Allah itu Maha Penyayang.Allah tidak sesekali kejam pada hambaNya.
Dengan rasa itulah aku berupaya kembali kepadaNya dengan hati yang tenang.
Buat insan-insan kesayangan,maafkanku jika dirasakan aku mementingkan diri.Kalian yakinlah,InsyaAllah satu hari kita akan bertemu di sana nanti.
Buat mak,ratu hatiku dan abah yang ku sayangi selalu, maafkan anakmu ini atas kekhilafan yang lalu.Anakmu ini dengan tenang hatinya akan pergi dahulu.Maafkan ku juga kerana dikau berdua yang membawa ku ke dunia, dan dikau berdualah juga yang mengiringiku pulang ke sana.Terima kasih atas segala kasih sayang yang tak berbelah bagi untukku.Maaf juga kerana aku tak berdaya menemani dikau berdua lagi.Doaku,kita bakal berjumpa lagi di Taman Firdausi.Mak dan abah redakan Marissa ya?
Dikau yang pertama dan terakhir bagiku.Ku amat bersyukur kerana peluang itu dikurniakan juga kepadaku.Terima kasih kerana sudi bersamaku walau seketika.I’m sorry but I love you.
Buat permata hati umi,maaf kerana tak dapat mencurahkan kasih sayang kepadamu.Diana Elleani Safira Bt Danish Eskandar Shah. Solehahkan dirimu wahai permata hatiku. Be a real muslimah. Insya Allah kita berjumpa lagi nanti.Can’t wait to see you again my dear.
May Allah bless all of you..My beloved peoples~
Marissa Puteri Bt Megat Nurudin~
Air mata jatuh ke pipi.
Umi..Diana rindukan umi..Hati Diana hanya dipenuhi dengan kenangan umi selama ini.
Diana merintih bersendirian.
No comments:
Post a Comment