Minggu ‘demam’ nak exam pun tiba.
Malasnya.. Haisyh..Tak boleh ni Aulia.Jangan turut nafsu.
Bismillahirrahmanirrahhim.
اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”.
Amin.
Lirih dia berdoa dalam hati.Bibirnya juga berkali-kali melafazkan istighfar.
“Maalaasnyaaa!! Tidur lagi best!.”
Tiba-tiba Diana yang sedang tekun menelaah nota Biologi di hadapannya bersuara.
“Dekat bilik ada katil kita dah lari.Dekat library ada air-cond sejuk,nasib baik ramai orang.Kita lari jugak.Dekat masjid ni pun kalau nak terlentok jugak? Kena study atas bumbung la macam ni.”
“Mala situ berdosa.Tahu.Tapi..”
Aulia selak notebooknya.
“Baca nih.”
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”
(An Nisaa’ : 142)“Sifat malas itu sifat orang munafik.Astaghfirullahalazhim.”
“Aku pun malas jugak.Tapi kena lawan.Malas tu membawa kemudaratan.”
“Macam ni nak tak? Kalau aku malas and aku terus terleleh tertidur,aku kena bayar dekat kau 5O sen.”
Terbeliak mata Aulia.
“Tak mau aku.Judi.”
“Pulak.Ketam batu? Barang siapa yang malas didenda dengan ketam batu.”
“Aku tak kisah.Sakit sikit ja.”
“Tak hot lagi? Ok.Kiss dekat kedua belah pipi.”
“Ketam batu lagi baik.”
“Tau takut.”
“Bukan takut.Orang tengok kang,tak pasal-pasal kena jumpa ustazah.”
Diana ketawa.Cepat tangannya mencubit lengan Aulia.
“Auchh!Sakitla.”
“Sebab kau malas.Tadi.”
Aulia membalas cubitan itu.
“Maakk..Sakitla oi.”
Diana menggosok-gosok lengannya.
“Sebab pernah termalas jugak.Tadi.”
Senyuman terukir.
Perjuangan diteruskan.
No comments:
Post a Comment