Monday, August 15, 2011

Aku dan Dia (24-i)


Dari Melaka,Diana terus pulang ke kolej.

Puan Soffieya hanya mampu membiarkan Diana membawa diri dengan penuh rasa sebak di dada.

Sedaya upaya dia mengukir riak normal di wajahnya.

Tetapi Aulia tetap bertanya.

“Hang pasai pa?”

Diana hanya menggeleng.

“Homesick?”

Diana buat muka hairan.

“Muka macam hilang deria rasa ja.”

“Tak best.Boring.Kena jumpa kau lagi.”

Ek eleh..

“Hadapla muka aku 1 sem lagi.Tahun depan hang tak tengok dah.”

“Aulia..”

“Hmm?”

“Jangan tinggalkan aku.”

Aulia kehairanan.

“Bertemu dan berpisah kerana Allah Diana.”

Sedaya upaya dia menuturkan kata-kata itu.

Hati tiba-tiba bertukar tempo.Macam nak sakit jantung ja.Bukan,sakit jiwa.

No comments:

Post a Comment