Monday, August 15, 2011

Aku dan Dia (23-iii)


“Adik kamu dah overdos bleeding ni.Nyaris nak kena tambah darah.”

Nurse memberi penerangan.

Erk? Luka setakat 2 inci tu pun serius ke?

“Lain kali hati-hati sikit.Luka tu nampak sikit,tapi dalam juga sebenarnya.”

Diana mengambil slip perubatan adiknya.

Baca ja.Yang mana tak faham tu nanti boleh tanya.

Em..Darah dia AB.

Sama macam mama.

Dek Na? A kalau tak silap.

Sama macam papa.

Aku O.

Lari jauh.

Hmm..Sem depan belajar pasal darah.Nanti aku kaji.


“Mama dah cakap.Jangan buat perangai.Isyh Suhail ni…Degil!”

Telinga Suhail ditarik-tarik oleh Puan Soffieya.

“Ma..Sakit.”

“Tau pun.Lepas tu saja nak cari penyakit.”

“Bukan orang saja suka-suka nak potong jari orang pun.”

“Mama,Dek Na darah jenis apa?”

Pertanyaan Diana membuatkan Puan Soffieya terkedu.

“A.”

Papa menjawab.

“Oh.Sama macam papakan?”

Papa mengangguk.

Papa memang pendiam orangnya.Dia seorang yang lebih suka bertindak dari bercakap.

Sebab tu kot Diana lagi manja dengan mamanya.



Diana perasan mamanya sejak dia pulang cuti semester ini macam ada yang tak kena.

Mama macam ada sembunyikan sesuatu.

Macam hal besar ja.

Isyh..Takkanlah mama aku nak berahsia sampai macam tu sekali.

Tapi hal apa?

Kewangan?

Biasa je.

Papa?

Biasa jugak.

No comments:

Post a Comment