Saturday, June 4, 2016

..:: Ikhtilat ::..






Satu bab yang aku paling pening since aku pegang jawatan 
dalam badan dakwah dulu.
Well, aku memang tak sempurna. Ada buat salah.
Macam orang lain jugak. Bukan malaikat.
Tapi, most of the time, orang yang faham agama ni la yang terkandas dalam bab ni.
And sadly mengundang fitnah.





Frankly speaking aku diuji part lower the gaze.
Lelaki di alam nyata ni, alhamduLillah takdak masalah.
Sampai kadang-kadang tak kenai even pi lab depa hampir setiap minggu.
Tu maybe ignorance aku rasa.
Tapinya, aku susah nak jaga bila tengok di screen laptop.
Paling failed bila hero drama yang aku suka tu rupanya member of mana-mana boyband.
Then aku akan end up amazed by his talent, his looks, his gaze, his hair etc.
Aku pernah buat statement mereng abadi if lelaki dengan perempuan dibolehkan berkawan dengan definisi kawan sebetulnya, aku nak kawan dengan depa.
Bagi aku, depa sangat inspiring dalam mengejaq cita-cita.
They worked 18 hours per day for one and half years before debuted.
And now, depa dah di peak of success.
Hard work never betrayed orang yang tak percaya Tuhan kata.
And yes, the only thing yang menyebabkan depa tak perfect is, depa bukan muslim.
Ni bukan setakat masalah fikrah, aqidah sekali.
Tapi tula, yang nasib baiknya aku memang takkan boleh chatting sana sini
dengan depa.
And dia the best thing is, depa taktau pun aku wujud. Perfect.


Aku dah lama tak kena 'demam' (Aishah pinjam word ang!) ni.
Tapi sekali kena memang ambik masa nak kebah.
Tapi after arwah tok meninggal haritu, aku dah mulakan langkah untuk kembali ke pangkal jalan.
Syaitonirrajim tu sangatlah bijak nak jatuhkan umat manusia.
And aku, aku takmau atas dasar aku fancy muzik then aku 'halalkan' semua benda yang berkenaan dengannya just for the sake of fun. Nafsu.
Tambah pulak tengah study.
Ilmu tu takkan masuk dekat hati yang gelap.
Lagha-lagha tu buatkan ang lagi jauh dari Allah, Mimie.
So aku rasa, fancy depa punya semangat tu tak salah.
Just that sampai setiap hari kena dengaq and tengok depa perform tu yang salah. 





Yes, in the middle of battling with my own self to be the real women.


regards,

the dream chaser




..:: Hlovate ::..



Seriously lepaih ni aku malaih nk bagitau awai-awai dekat
Aishah & Syaza bila aku ada submission.
Ok. Actually it's about timing kot.
Previously ok ja. Boleh dikatakan setiap bulan aku ada submission. 
Aku rasa sebab time ni semua orang ada kerja nak buat.
Majoriti labmates balik sambut posa kat rumah.
Aishah busy kerja macam biasa on weekdays, 
then malam semalam ada hal, hari ni pun ada hal.
Syaza ok aku taktau dia hilang pi mana.
Dia pesan dekat aku suruh fokus then dia blahh.
Perfecto.
So, aku digging back my box, and amik novel Hlovate.
Taraaaaa. Kita rujuk balik. 
After quite a longggg time aku tak pegang segala jenis novel.





Soalan: 

Awat yang suka sangat dengan Hlovate?



Jawapan: 



Because she inspires me to be a better muslimah, a better daughter, a better best friend, a better friend, a better student, and a better person. Novel-novel yang dia tulis memang inspiring even genre dia tak lari dari percintaan. Depression, passion, change for good, fate, et cetera et cetera, all these boleh dapat dengan membaca novel dia.

Aku start baca novel dia time matrik. Timing yang sangat perfect sebab aku dalam fasa penghijrahan. Apart from cool, hero-hero Hlovate adalah hero-hero yang beriman. Susah kot nak cari dalam kalangan novel melayu yang lain. Hmm. Heroin - heroin novel dia pun jenih cool, baik and solehah. Ok agak tak reti nak describe kat situ. Tapi betui aku tak over or dramatikla tak tipu. Yang pasti hero and heroin memang cool plus soleh dan solehah to which bila baca tu aku musykil wujud dak orang-orang macam tu dekat Malaysia ni. Hmm.

And Hlovate yang induce aku cakap and tulis bahasa rojak. Yes she is. Yang intiate aku jugak untuk tulis masterpiece yang watak dia lelaki. Sebab? Aku rasa idea yang aku nak sampaikan tu cool. And emosi perempuan kadang-kadang tak kena dengan idea aku tu. If aku tulih jugak, aku yang baca ni jadi suspicious. Rasa macam watak-watak yang aku buat tu tomboy. Hmm.. Krisis. So tu tetiba keluaq mai Luqman la, Afif, Ikki, Didi semua tu. Padahal aku tengah bayangkan aku dengan Aishah. Lame.

Hlovate punya hero and heroin selain soleh dan solehah plus cool, depa jugak rajin sungguh belajaq. Aku takdak la rajin dan pandai mana. Tak percaya tengok result SPM. Tapi seriously rasa semangat after baca kisah depa. Dahla pandai Ya Robbi lepastu rajin pulak. Dah tu hero and heroin memang suka membaca. Bukan baca Facebook of course. Baca buku-buku yang menyumbang kepada kewarasan akal dan pengetahuan am. In spite of main skate, basket, jual burger, drawing, painting, main instrumen, yang pasti, depa akan baca buku.


Hlovate pandai blendkan art and science. Aku memang suka art walau tak berseni. Dulu masa form 1 aku tengok cerita Thailand. Ost dia best. Aku buat lirik melayu. See? Tapi aku pilih kelas seni lukis instead of muzik time tu sebab masa orientasi aku tak tau lagi otak aku lagi prefer muzik over seni. Tapi tula sapa boleh guaranteekan lirik yang aku tulih tu berseni ka dak. ahaha. Tapi boleh la nak kata aku lagi appreciate seni muzik dari seni halus. And yes, sejak aku ada blog memang aku abadikan karya-karya aku yang cheezy silly tu. Time aku berkarya tu selalunya aku ekspresskan segala emosi yang melanda diri. Tetiba terpikiaq, ada masa online, tulih.




"Batrisya, selalunya seorang artis tu akan throw idea dia dalam dua bentuk je. Either dia lahirkan satu dunia yang dia nak tapi tak tercapai, atau dia throw out perasaan yang dia tau too well. Dan selalunya akan dikaburi dengan claim yang dia sebenarnya hanya keluarkan idea dengan ilham daripada apa yang dipandang di sekeliling dia." - Jade, Rooftop Rant.










Thursday, June 2, 2016

..:: Expectation ::..



Roommate kamek si Wawa balik cerita 

"Mimie tau tak, tadi Wawa jumpa Hadi dengan Nabilah. Then sembang-sembang Hadi taula Mimie roommate Wawa. Lepas tu dia duk cakap Mimie tu tinggi giler kan? Kenapa Mimie tak bawa Wawa pi usrah eh? Mimie tu mesti selalu jadi imamah."

Aku dengan Wawa apa lagi memang burst gelak secara berjemaahla
Hadi tu tunang Nabilah by the way.
Dia memang senget pun.
Aku selalu tumpang lab depa buat labwork.
Nabilah tu innocent gila senyap sopan santun ja.
Hadi tu hmm. Macam tu la.

Before this masa first depa nampak aku Hadi tanya depa

"Yang pakai telekung tu nama apa?"

Ngengg

Time Diyanah cerita tu, memang terburst gelak sakan jugaklah.
Suspicious aku, pakai instant telekung ni lagi tabarruj ka cemana.

Well, aku jarang dengaq apa orang luaq pikiaq pasai aku since aku memang jenih hidup bahagia dengan orang yang dah or agak lama aku kenai ja.
I mean, geng lab aku depa tau la cemana punya tingtong aku.
Pi lab lain takkan aku nak redah tingtong jugak.
Setakat senyum sedekah and behave like a wise Homo sapiens tu jala.
So actually Hadi & Nabilah, saya taklah selalu sangat jadi imamah. 
Hmm