Wednesday, February 4, 2015
..:: The Dark Knight ::..
Amirul menapak keluar dari biliknya. Hoodie sweaternya dilurut ke belakang. Kepala diteleng ke sebelah kanan dan kiri pantas. Tangan kanannya mengurut belakang leher. Lenguh betul rasanya. Tadi 3 jam non-stop tenung laptop tak terasa pun.. Macam mana nak terasa, hati bagai terjeda. Kan Mirul?
Amirul mengeluh. Matanya tajam memandang ke hadapan. Aku kena jumpa 'murobbi' sekarang jugak.
---------------------------
Air di dalam cerek sudah menggelegak di atas dapur.
"Assalamualaikum.."
Kedengaran salam diberi dari luar rumah sewa milik Zaquan dan teman-temannya. Zaquan segera ke ruang hadapan.
"Waalaikumussalam. Mirul.. Masuklah."
Sambut Zaquan sambil tersenyum.
"Zack, kau sorang ja kat rumah?"
"Hmm.. Yang lain ada hal. Duduklah. Aku nak bancuhkan Oligo untuk kau."
Amirul melabuhkan punggung di rumah bujang milik sahabat seperjuangannya itu. Tiada sofa di ruang tamu tersebut. Hanya sebuah meja jepun yang diletak rapat ke dinding dan beberapa buah rak buku. Ada senaskah buku di atas meja jepun tersebut. Amirul mencapai buku itu. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, sebuah novel karya HAMKA. Dia membelek helaian demi helaian. Ternyata, novel yang berkisahkan tentang cinta. Zaquan datang membawa 2 mug Oligo yang masih berasap nipis.
"Kau apa cerita? Sihat?"
Zaquan bertanya sambil menyuakan mug kepada Amirul.
"Tak berapa sihat. Sebab tu aku datang cari kau. By the way, siapa yang tengah baca novel ni?"
Amirul menyambut mug dengan tangan kanan. Sementara tangan kirinya masih memegang novel yang berilustrasikan kapal yang separuh tenggelam itu.
"Aku. Tak sihat?"
"Nanti aku nak pinjam ok?"
Zaquan mengangkat kening. Ini dah betul-betul tak sihat ni..
"Student Maths yang gila IT macam kau ni nak baca novel cinta? Time bila?"
"Ala.. Kau pun budak Medic yang kena baca berkilo bergantang buku pun sempat ja baca.."
"Ok let's straight to the point. Tangmana yang tak sihatnya ni?"
Amirul tergelak besar. Dia hanya boleh bersembang menggunakan dialek utara dengan Zaquan. Sebab mereka berkongsi kampung di negeri yang sama iaitu Kedah. Perlahan-lahan, ketawanya diam dan senyumannya bertukar kelat.
"Aku ada cerita 'cinta' yang aku sendiri tak surela ending dia macam mana. Tapi yang aku tau sekarang, aku buntu. Aku tak tau nak buat macam mana dah."
Zaquan setia mendengar.
"Ada seorang perempuan ni.. Muslimat to be exact. And she's here in our uni. Allah tengah menguji dia.."
Amirul terdiam. Matanya tajam memandang mata Zaquan.
"Aku cerita dekat kau sebab aku betul-betul percaya dekat kau sebagai sahabat dan naqib. Dan aku juga harap kau dapat bantu aku."
"Ok. InsyaAllah. Aku pegang amanah dan kepercayaan kau."
"Muslimat ni.. Dia hamba Allah yang macam hamba Allah lain. Diuji dengan ujian yang tersendiri. But still alhamduLillah she has a happy family. Sahabat yang boleh dipercayai dan malangnya dia ada hacker yang tak berperikemanusiaan."
Amirul meraup wajahnya.
"Ok.. Kau hacked dia?"
Amirul mengangguk.
"Kenapa?"
"It was an accident actually. Tapi lepas accident tu, aku still hack dia lagi. Sebab aku dapat tahu dia ada hati dekat aku."
"Accident? Macam mana kau tahu?"
"Well.. It's a top secret, the reason why I have to hack her. But believe me it is for the sake of what we are doing now. Aku tak boleh cakap lebih. Sebab kau mungkin dapat tahu terus siapa dia nanti."
"Sorry bro. Aku rasa aku macam dah dapat teka. Tapi takpa, bukan urusan aku untuk ambil tahu siapa dia. So then, next?"
"Aku tahu ada kemungkinannya kau akan tahu. Tapi aku percayakan kau.."
Zaquan mengangguk.
"Dan aku tahu aku bersalah sebab hacking dia even after the accident. Tapi.. Aku takut dia terus terhanyut.. Di hadapan manusia lain dia nampak biasa. Ramai yang menyokong. Tapi di belakang..."
To be continued..
# First time update draf yang berbaur 'trash' macam ni dekat sini.
# 'He' is a pious lover, not a psycho one~ Yes I refer to the recent case of a
poor girl being murdered by a 'psycho lover'. Nauzubillahiminzalik.
# Aishah, please guide me to create a good storyline for this particular
masterpiece. XD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment