Saturday, February 14, 2015

..:: Allahyarham Tok Guru Nik Aziz ::..




Bismillahhirrahmanirrahim.

Entri ini khas buat diri ini dan semua bagi mengenali dengan lebih mendalam Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Bagi yang tertanya-tanya kenapa Allahyarham digelar 'Tok Guru'? 
Kenapa Allahyarham sangat dihormati dan disayangi oleh para asatizah, pejuang dan pencinta agama?
Semoga cantuman cebisan-cebisan di bawah ini bakal memberi jawapan kepada semua.



Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang 
diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul 
Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di
 Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada 
sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 
tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had 
Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau 
menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang
 Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di 
kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) 
Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. 
Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan 
oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.


Allahyarham Tok Guru semasa hayatnya 

heart emoticon Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.." Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..
heart emoticon Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.." Tok Guru membalas, "Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..
heart emoticon "Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)
heart emoticon Semasa interview isteri Tuan Guru nik Abdul Aziz dalam projek nak buat buku "bidadari dari timur". Aku ada tanya soalan, "amalan apa yang Datin tengok tok guru tak pernah berenggang".
Jawab Datin Tuan Sabariah, "Tahajud.. kelik (balik) lewat lagu mana pun, pukul 4 tu, dah bangun tahajud".-Ust Wanji
eart emot
heart emoticMungkin ramai tidak tahu, bahawa tok guru nik abdul aziz tidak 
mempunyai dompet duit. Duit dia, disimpan dalam sampul surat.-Ust Wanji
heart emoticSaya pernah ke rumah tok guru sewaktu program Akedemi Al Quran. He lives simple. Terbayang lagi almari kaca yg pecah di sambung kembali menggunakan masking tape. Rumah & perabot pemimpin tertinggi parti sebegini? This is not a man who aims for material needs. That is what i learned about him that day.
Semuanya di pinjam. Dan yg dipinjam harus dikembalikan kpd pemiliknya. Moga roh tok guru ditempatkan bersama org org yg soleh & memperolehi jannahtul firdaus tertinggi.-Farrah Adeeba



















Aku rasa, hatiku hari ini suram. Imaginasiku berlegar pada karakter tok guru Nik Abdul Aziz.
Aku semakin faham, kenapa Saidina Umar mengamuk apabila dengar berita kewafatan Rasulullah. Aku terlalu kagum, ketenangan Abu Bakar mengurus jenazah Nabi
 - Wanji Wanhussin









10.01.1931- 12.02.2015

Al Fatihah






Tuesday, February 10, 2015

..:: Falsafah Hidup ::..


There are so many hidden things inside of me
It made me change so much
It put me to sleep, it tied my hands and feet
It trapped me in a dark room
The pieces of lost time
The memories of love that I threw away
They have been deleted and thrown away
Only the outer shells remain
Without knowing anything, I just shouted
I just have that memory
My heart that was cold as ice
It will be forgotten after I sleep
I want to escape from this pain that chains me down
Someone wake me up
From my soul that is filled with scars

.......



Falsafah Hidup by Buya HAMKA

Found this in FB (PU Rahmat's post).
Nothing to be argue but I have something to spill here.
It's not only man who treasure their friendship to the max.
Woman did it too.

Well people might said I am abnormal (remember 100% male quiz?)
But I do treasure my friendship to the moon and back, trust me.
After 2 years of friendship + 3 years long distance relationship, 
she is still my best friend.
AlhamduLillah.
AlhamduLillah.
AlhamduLillah.




She is someone who are 'there' and 'here'
Will anyone doubt her for knowing a lot of things me about me?
A companion for the high and low time?
I believe she is the one for me.

She might be ordinary to other people,
but truly special to me.
The way she trust me, loyal to me, 
never judge me without knowing nothing,
pray for my success, health n happiness,
understand me,
always hold my hands and lead me to the light,
raised me up when I fell down,
patient with my kerekness, my obsession, my ugly side, 
my hantu raya behaviour & my emo
and yet she still love me and never leave me for the sake of Allah

AlhamduLillah
Thank you Allah
Thank you for brought her in my life
Thank you for making her stay in my heart even not by my side
Thank you for let me stay in her heart too
May our friendship will last till Jannah
Ameen


"Ya Allah, please reward Siti Aishah bt Mhd Marzuki Your blessings, Your love, Your protection, Your rizq and reward all those things to her beloved ones too. Ameen.." 


Wednesday, February 4, 2015

..:: The Dark Knight ::..


Amirul menapak keluar dari biliknya. Hoodie sweaternya dilurut ke belakang. Kepala diteleng ke sebelah kanan dan kiri pantas. Tangan kanannya mengurut belakang leher. Lenguh betul rasanya. Tadi 3 jam non-stop tenung laptop tak terasa pun.. Macam mana nak terasa, hati bagai terjeda. Kan Mirul?

Amirul mengeluh. Matanya tajam memandang ke hadapan. Aku kena jumpa 'murobbi' sekarang jugak.


---------------------------


Air di dalam cerek sudah menggelegak di atas dapur. 

"Assalamualaikum.."

Kedengaran salam diberi dari luar rumah sewa milik Zaquan dan teman-temannya. Zaquan segera ke ruang hadapan.

"Waalaikumussalam. Mirul.. Masuklah."

Sambut Zaquan sambil tersenyum.

"Zack, kau sorang ja kat rumah?"

"Hmm.. Yang lain ada hal. Duduklah. Aku nak bancuhkan Oligo untuk kau."

Amirul melabuhkan punggung di rumah bujang milik sahabat seperjuangannya itu. Tiada sofa di ruang tamu tersebut. Hanya sebuah meja jepun yang diletak rapat ke dinding dan beberapa buah rak buku. Ada senaskah buku di atas meja jepun tersebut. Amirul mencapai buku itu. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, sebuah novel karya HAMKA. Dia membelek helaian demi helaian. Ternyata, novel yang berkisahkan tentang cinta. Zaquan datang membawa 2 mug Oligo yang masih berasap nipis.

"Kau apa cerita? Sihat?"

Zaquan bertanya sambil menyuakan mug kepada Amirul.

"Tak berapa sihat. Sebab tu aku datang cari kau. By the way, siapa yang tengah baca novel ni?"

Amirul menyambut mug dengan tangan kanan. Sementara tangan kirinya masih memegang novel yang berilustrasikan kapal yang separuh tenggelam itu.

"Aku. Tak sihat?"

"Nanti aku nak pinjam ok?"

Zaquan mengangkat kening. Ini dah betul-betul tak sihat ni..

"Student Maths yang gila IT macam kau ni nak baca novel cinta? Time bila?"

"Ala.. Kau pun budak Medic yang kena baca berkilo bergantang buku pun sempat ja baca.."

"Ok let's straight to the point. Tangmana yang tak sihatnya ni?"

Amirul tergelak besar. Dia hanya boleh bersembang menggunakan dialek utara dengan Zaquan. Sebab mereka berkongsi kampung di negeri yang sama iaitu Kedah. Perlahan-lahan, ketawanya diam dan senyumannya bertukar kelat.

"Aku ada cerita 'cinta' yang aku sendiri tak surela ending dia macam mana. Tapi yang aku tau sekarang, aku buntu. Aku tak tau nak buat macam mana dah."

Zaquan setia mendengar.

"Ada seorang perempuan ni.. Muslimat to be exact. And she's here in our uni. Allah tengah menguji dia.."

Amirul terdiam. Matanya tajam memandang mata Zaquan. 

"Aku cerita dekat kau sebab aku betul-betul percaya dekat kau sebagai sahabat dan naqib. Dan aku juga harap kau dapat bantu aku."

"Ok. InsyaAllah. Aku pegang amanah dan kepercayaan kau."

"Muslimat ni.. Dia hamba Allah yang macam hamba Allah lain. Diuji dengan ujian yang tersendiri. But still alhamduLillah she has a happy family. Sahabat yang boleh dipercayai dan malangnya dia ada hacker yang tak berperikemanusiaan."

Amirul meraup wajahnya.

"Ok.. Kau hacked dia?"

Amirul mengangguk.

"Kenapa?"

"It was an accident actually. Tapi lepas accident tu, aku still hack dia lagi. Sebab aku dapat tahu dia ada hati dekat aku."

"Accident? Macam mana kau tahu?"

"Well.. It's a top secret, the reason why I have to hack her. But believe me it is for the sake of what we are doing now. Aku tak boleh cakap lebih. Sebab kau mungkin dapat tahu terus siapa dia nanti."

"Sorry bro. Aku rasa aku macam dah dapat teka. Tapi takpa, bukan urusan aku untuk ambil tahu siapa dia. So then, next?"

"Aku tahu ada kemungkinannya kau akan tahu. Tapi aku percayakan kau.."

Zaquan mengangguk.

"Dan aku tahu aku bersalah sebab hacking dia even after the accident. Tapi.. Aku takut dia terus terhanyut.. Di hadapan manusia lain dia nampak biasa. Ramai yang menyokong. Tapi di belakang..."












To be continued..





# First time update draf yang berbaur 'trash' macam ni dekat sini.
# 'He' is a pious lover, not a psycho one~ Yes I refer to the recent case of a
    poor girl being murdered by a 'psycho lover'. Nauzubillahiminzalik.

# Aishah, please guide me to create a good storyline for this particular
   masterpiece. XD


Sunday, February 1, 2015

..:: Master yang berliku ::..



S : Apa perasaan cik yang sedang menyambung pengajian ke peringkat      
     master?

J : AlhamduLillah. Bercampur baur. :')

S : Err.. Cik kurang menjawab soalan. Saya mamarazi dari majalah X. Nak
     hapdet berita terbaru tentang cik ni. Mohon cik beri kerjasama dengan
     menjawab soalan saya secara jujur dan ikhlas.

J : Ok. AlhamduLillah.. still alive at least. Even di hadapan saya nampak jalan
    yang bersimpang siur dan penuh liku ranjau dan berbukit bukau untuk didaki,
    biawak sebesar buaya, kera satu kontigen dan binatang-binatang lain yang
    menunggu di tepi or tengah jalan tu, insyaAllah, pertolongan Allah akan    
    sentiasa ada untuk saya. Saya yakin. Kan Allah dah kata, bersama kesulitan  
    itu ada kemudahan? Am I right? =)

S : Err.. Ya.. Hehe.. Ada apa-apa pesanan terakhir cik?

J : Em.. buat adik-adik,sahabat seusrah dan geng degree, I miss you guys for
    the sake of Allah. Let's keep on striving for Allah's blessings. Fi hifzillah. =)




: Locker Fiqa & Mimie
Pic credit to Diyanah :D