Assalamualaikum and hello there world
Dah lama tak update blog. Aku busy. Ya ya.. Aku tau semua orang busy dengan hidup masing-masing. Tapi saja la nak habaq aku pun busy. Hmm.. So harini aku nak cerita pasal mak-mak menakan aku. Nak dijadikan cerita, hari raya Qurban kedua minggu lepas mak ngah aku pi rumah and bagitau nak kidnap aku bawa gi Parit Raja, Johoq. Aku dengan terkebil-kebilnya tak tau nak tolak macam mana lagi dah. Ni bukan kali pertama dia ajak. Bukan ajak kosong pulak tu, sekali dengan tambang dan makan minum kot. Aduhai... Dah tu pulak, Jumaat minggu lepas kan cuti Malaysia. Memang jammed. Aku dah tak boleh menolak dan akhirnya merelakan diri dikidnap. Hmm..
Adik aku yang dekat sana pun terkujat la jugak since dia dahla orang yang berprotokol dan tak boleh hadam bab-bab short notice nih. Kena buat appointment sebulan sebelum paling kurang kalau nak ajak jumpa pun. Haha. Nasib angla adik. So dalam last minute trip tu aku pun berkesempatan la pi tawaf UTHM yang adik aku dok compare sangat dengan uni aku tuh. Tak paham aku spesis insecure sorang-sorang diri nih. Aku tak kata apa pun dekat u orang buruk ka lawa ka sistem best or tak best ranking apatah lagi. Bukan sebab aku berada di zon selesa tapi aku dah hadap dengan so called indah-khabar-dari-rupa situation. Malaih nak cerita panjang sebab aku merungut berbakul pun bukan boleh mengubah keadaan pun.
Apahal gaya aku tulis macam gangster ni? Hmm..
So mak menakan aku ni memang berhajat nak tawaf satu Johoq kalau boleh. Tapi since adik aku tak free sangat weekend tu so hari Jumaat tu kami dan berjalan-jalan sampai JB ja. And ya, aku terima berita pemergian arwah Tok Guru Haron Din sejam selepas beliau pergi menghadap Illahi (Al Fatihah..) Many thanks to Syaza yang bagitau.
Since cuti raya baru habis time tu makanya tiket pun cepat ja habis. Mak ngah aku pun come out dengan plan kamikaze dia lagi. Balik hari Sabtu and transit dekat Ipoh, rumah another mak menakan. Aku tepuk dahi dalam hati. Maka berakhirlah short visit to Johoq. Makan-makan, jalan-jalan, shopping beras kopi segala, babai-babai and balik.
Well pengembaraan aku tak berakhir begitu sahaja. Sampai ja Ipoh perkara pertama yang aku buat adalah mencari tiket nak balik ke Butterworth. Tak boleh nak beli online since handphone aku memang bermasalah sejak azali dan duit dalam CIMB tak cukup nak buat payment pun. Actually, aku dah balek uni raya kedua tu and kami naik bas ke Johoq Khamis malam tu. So tengok tiket Ahad tu dari Amanjaya Ipoh ke Butterworth memang dah sold out. Berhuhu seketika and Mak Tam aku (Mak menakan yang stay kat Ipoh) ajak pi Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad. Yeayyy ada chance nak naik ETS! AlhamduLillah ada tiket tapi Isnin pagi. Kira lambat sikit la masuk lab. Tapi itu lebih baik dari takdak langsung kan? So.. Ahad kena stay dekat Perak Darul Ridzuan. Aku garu dagu ja dok teka apa plan yang ada dalam kepala mak-mak menakan aku.
Yes as expected, jangan harapla aku tersadai kat rumah bak netizen yang tak berwawasan ulang makan ulang tidoq, tengok movie or baca bahan bacaan yang ada dekat rumah mak menakan aku tu. Mak Tam aku dapat perlepasan husband dia untuk kami pi jalan-jalan. Aku sometimes jealous tengok orang ada adik beradik perempuan ni. Best kot boleh girls day out sampai tua. Haha. So dari Ipoh ke Batu Gajah ke Parit ke Setiawan and last port makan laksa tepi laut kat Lumut. Yup area kome naik bot pi Pangkoq tu. And kami berjaya balik rumah sebelum pukul 10 malam after settle pi jalan-jalan, ziarah sedara mara kenalan, dan makan-makan of course.
So Isnin haritu aku selamat sampai di Pulau Mutiara and terus masuk lab. That was an awesome experience though. Aku ni bukan senang sangat nak berjalan sana sini. Bajet ada, masa takda. Tak pun the other way around yang selalunya. Tapi tu la kalau tetiba Allah nak bawa aku pi tempat tu time tu, memang sampaila aku dekat situ time tu.
Somehow, I feel blessed to have such lovable aunties. Aku memang terhutang budi di dunia dan akhirat dengan depa.
May Allah blessed them always.
Much love,
Anak menakan yang macam eskrem
Cool and sweet
No comments:
Post a Comment