Sunday, April 20, 2014

..:: Langkah Pejuang ::..

Dengan Bismillah pejuang melangkah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi

Langkah yang diatur bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran

Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih Mardhatillah

Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan

Istiqamah jatidiri
Teruskan Risalah Nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti

Istiqamah





Pejuang itu hidupnya mesti sentiasa bersemangat.
Semangat itu lahir dari ilmu, iman dan amal yang bertambah.






Keredhaan Allah
Itu yang paling penting
Yang paling mahal
Yang paling berharga


As syahid Ahmad Ammar, ikon yang hebat untuk pemuda-pemuda Islam

"Ammar tak pernah penat ka?"




"Most of the time without family or friends being around.. Asyik-asyik berjuang. Ammar tak sunyi?"
"Ammar tak pernah annoying ka dengan orang ramai yg bermacam ragam out there?"
"Ammar tak pernah boring ka?"
"Macam mana Ammar sentiasa termotivasi untuk terus berjuang, terus berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam setiap perkara dan terus istiqomah ?"






One last question which maybe the silliest question ever

"Ammar tak pernah jatuh cinta ka?"


And the answer will never ever be a silly answer


"Ammar jatuh cinta.. Jatuh cinta dengan perjuangan untuk 'izzahkan Islam
Jatuh cinta dengan keredhaan Allah
Jatuh cinta dengan every single things that Allah loves
If dengan muslimah solehah,Allah knows better
But the obvious thing is, bidadari-bidadari syurga yang dah berebut-rebut jatuh cinta dengan dia.."




# Mohon menangis kerana kesian dekat diri sendiri
# Mohon untuk push yourself harder

No comments:

Post a Comment