Saturday, April 26, 2014

..::Bintang Bertemu Bulan::..

Afsheen duduk bersimpuh di tepi jendela. Matanya tertumpu kepada bait-bait perkataan pada buku yang dipegangnya.

"Assalamualaikum.. Afsheen!"


Afsheen mendongak. Amal sedang berdiri di muka pintu bilik.

"Afsheen.. enti baca buku lagi? Semalam pun baca buku. Hari ni pun? Enti nak habiskan cuti dengan baca buku sahaja?"


 Afsheen tersenyum. Amal sejak dua menjak ni suka berbahasakan 'ana-enti' dengan Afsheen.

"Buku ni menarik sangat..Ana tak boleh berhenti baca."


Amal sudah bersipuh di sebelah Afsheen. Dagunya sudah mendarat di atas bahu Afsheen.

Suasana menjadi sepi.

"Kenapa Amal?"

Amal menggeleng.

"Kenapa ni..?"

"No..Just..Amal rasa Amal dah kehilangan Afsheen. Day by day.."

"Kenapa rasa macam tu?"

"Afsheen dah banyak berubah.. Memanglah dari dulu Afsheen suka membaca. Tapi genre buku kita hampir sama. Sekarang ni, cuba tengok bookshelf. Entah buku apa Afsheen bawa balik. Semua macam buku lama-lama. Penulis pula ustaz-ustaz mana entah."

Afsheen tersenyum.

"Kita kan dah dewasa.. Buku pun kenalah ubah mengikut usia."


"Tapi... Afsheen memang dah semakin lain. Afsheen dah tak cool macam dulu. Dah tak happy go lucky macam dulu. Dah semakin serious."

"Eh yaka? Bunyi macam robot la pulak. Optimus Prime?"

"Afsheen... Janganla buat lawak. Orang serius ni.."

Afsheen senyum lagi.

"Lawakla Amal ni.."


Amal mengerutkan lagi muka.

"See? Kata lawak, tapi tak gelak pun? Afsheen dah lain.."

Afsheen menarik tangan Amal.

"Amal, here. Listen to me. I maybe change, but change for a good ain't a crime isn't it?"


Amal mengangguk.

"Kita sama-sama berubah untuk menjadi lebih baik suatu masa dahulu. It didn't mean that, perubahan itu sudah cukup. We need to change beyond than that. Syurga Allah kan mahal maharnya? Redha Allah kan adalah segalanya?"


Amal diam sebentar. Kemudian dia mengangguk lagi.

"Maafkan Afsheen kalau Amal rasa, Afsheen menyisihkan Amal. Tak menghargai perasaan Amal. Afsheen tengah baca buku yang berat pengisiannya sekarang. Mungkin segala emosi tertumpu kepada buku ni."


Amal mengangguk lagi.

"Afsheen teruskanlah baca buku tu. Amal nak follow sekali. Boleh?"

"Tak ada masalah. Sebab Afsheen sayang Amal, jadinya untuk Amal semua boleh insyaAllah."

Amal tersenyum.


Lama Amal mendiamkan diri.


"Afsheen, Amal nak tanya boleh?"

Amal mengangkat dagunya dari bahu Afsheen.

"Ya?"

"Kenapa Afsheen baca buku-buku yang berat macam ni?"


"Sebab.. Afsheen nak lebih memahami dunia dan isinya?"

"Tapi macam mana?"

"Em..Let me put it this way, kita dah sedar hakikat tujuan hidup kita kan? Tapi macam mana kita nak bergerak untuk mencapai tujuan hidup itu."

"Afsheen.. Umur kita sama. Tapi kenapa Amal rasa Amal susah nak faham apa yang Afsheen terangkan?"

Afsheen tersenyum.

"Afsheen pun rasa macam tu bila berjumpa dengan sahabat-sahabat usrah yang lain. Tak pa Amal. Step by step. Amal jomla ikut Afsheen pergi usrah atau program-program wacana ilmu. Menuntut ilmu secara berguru, insyaAllah selamat."


"Tapi Afsheen faham bila baca buku-buku yang berat tu.."

"Mana ada Afsheen baca ja terus faham.. Mula-mula baca memanglah kelam dunia rasanya. Tapi lepas berguru, berbincang dalam usrah dan baca huraian di mana-mana alhamduLillah, lama-lama semakin faham."

"Afsheen bijak. Takpa la.."

"Amal.. Kalau buku Anatomy yang berkilo tu pun kita boleh khatam, buku nipis tak sampai 500 gram ni takkan tak boleh kan?"

"Afsheen.. I think you're not change totally."

"Kenapa?"

"The way you are nagging to me.. I love it. Hehe.."

"Allahurabbi.. Bila Amal cakap Afsheen dah berubah, Afsheen rasa Afsheen dah turn to be someone yang boring."

"Taklah Afsheen.. Bukan macamtu. Afsheen serius dengan ilmu. Itu adab untuk gain the wisdom. Amal cuma risau Afsheen dah hilang rasa nak bersahabat dengan Amal saja. When I speak different language from you and your clan."

"Mana ada.. Cakap bahasa melayu jugak.."

"Tapi bahasa melayu tinggi.."

Afsheen tersenyum.

"Afsheen.."


"Ya?"

"Actually, I like it when you strive very hard to be near to Allah. The beggining of wisdom is to fear to God, Allah. Isn't?"

Afsheen tersenyum.

"InsyaAllah.. Lillahitaala."

"Jangan tinggalkan Amal tau."

"InsyaAllah.. Never."


"Jangan jemu tarik Amal tau."

"InsyaAllah.. Will do."






Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al hajj:67)



"Afsheen benar-benar menjadi bintang yang berkerlipan di langit malam."
-Amal


"Sebelum ini, diri ini merasakan menjadi seperti bintang itu sudah sempurna segala-segalanya. Berkerlipan menghiasi gelapnya malam. Tetapi diri ini lupa, bintang itu sangatlah jauh jaraknya. Bintang yang terdekat adalah matahari yang dapat dilihat di siang hari. Matahari yang merupakan bintang yang terdekat tidak pula dihargai. Bahkan matahari tersebutlah yang memberi cahaya kepada bulan supaya bulan dapat berbakti kepada bumi serta isinya. Apalah ertinya jika hanya mampu menjadi perhiasan tetapi tidak mampu menabur bakti. Redha Allah bukan diraih dengan keindahan ciptaan tetapi amalan yang penuh keikhlasan."
- Afsheen







Bintang Bertemu Bulan  | Prelude

#Release tension writing the thesis
#Muhasabah forum semalam
#Jari terketaq-ketaq nak buat come back masterpieces
#Moga usaha ini menjadi 

#Moga kekuatan itu ada
Semoga pemudi yang dijanjikan itu, 
Diri ini

No comments:

Post a Comment