Aisyah ra bunga indah menghiasi taman keimanan dan disiram dengan limpahan wahyu sehingga aroma harumnya begitu semerbak dari barat sampai ke timur.
Kesuciannya diumumkan dari tujuh lapi langit dan Isteri Rasulullah saw di dunia dan akhirat.
Di bawah naugan kemuliaan,
Aisyah ra, puteri kepada pasangan Abu Bakar Ash-Shiddiq ra dan Ummu Ruman binti 'Amir, saudara kandung kepada pemilik dua selendang (Dzaatun Nithaaqain), iaitu Asma Abu Bakar dan pemanah handalan Abdurrahman bin Abu Bakar, serta Ummu Abdullah bin zubair. Suaminya adalah manusia paling agung sepanjang zaman, kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah SAW.
Dia adalah isterimu di dunia dan akhirat,
Keputusan Rasulullah untuk menikahi Aisyah berdasarkan petunjuk wahyu yg dtg dr langit. Rasulullah saw pernah melihatnya dalam mimpi selama tiga hari tiga malam. Dalam mimpinya Jibril dtg dengan membawa gambar Aisyah ra dalam sepotong kain sutera hijau seraya berkata, " ini adalah isterimu di dunia dan akhirat"
(Mutaffaq 'alaih dan h.r tirmidzi)
Kebahagiaan yg sempurna,
Rasa bahagia menyeliputi hati Rasulullah saw dan para sahabat, sekembalinya drpd perang badar. Kedatangan syawal menyerikan lagi kebahagiaan ini kerana Rasulullah saw mulai serumah dengan Aisyah ra.
" Rasulullah menikahiku saat aku berusia 6 tahun, saat tiba di madinah kami tinggal di perkampungan bani Al-Harits bin khazraj. Aku sempat sakit demam sehingga rosak rambutku. Ketika rambutku mulai tumbuh kembali, ibuku Ummu Ruman menemuiku, saat itu aku sedang bermain dengan anak-anak sebayaku di atas kayu. Ibuku memanggil dan membawaku pulang ke rumah. Aku dibiarkan beristirehat sejenak hingga nafasku kembali normal. Kemudian ibuku mengambil air untuk membersihkan muka dan kepalaku lalu mebawaku masuk ke rumah. Ternyata di dalam rumah telah berkumpul sejumlah wanita Ansar yg segera menyambutku. ' semoga kebaikan dan keberkatan menyertaimu' ibuku menyerahkanku kepada mereka untuk dirias. sampai saat itu aku belum sedar apa yg berlaku sehingga tiba waktu dhuha aku dikejutkan dengan kedatangan Rasulullah saw. melihat kedatangan Rasulullah saw wanita-wanita ansar meninggalkanku bersama beliau. saat itu aku berusia 9 tahun"
(Mutaffaq 'alaih)
Aisyah ra yg masih terlalu muda.
Rasulullah saw sgt memahami keadaan Aisyah yg masih muda. Oleh itu beliau mendidiknya dengan ilmu, hikmah dan akhlak, beliau tidak pernah melarang aisyah untuk melakukan perkara-perkara yg dilakukan oleh rakan sebayanya. Rasulullah turut mengizinkan Aisyah untuk bermain dengan alat permainan bahkan mengizinkan rakan-rakan aisyah untuk bermain dirumah Rasulullah saw.
" Aisyah ra menceritakan bahawa ia pernah bermain dengan anak-anak perempuan sebayanya de depan Rasulullah saw. Aisyah ra berkata, "teman-teman perempuan sepermainanku suka dtg ke rumah. Awalnya mereka sgt segan bertemu dengan Rasulullah saw. tetapi beliau menyuruh mereka untuk berkumpul di sekitarku"
(Mutaffaq 'alaih)
Biarkan aku ikut merasakan perdamaian di antara kalian,
Rasulullah selalu menenangkan Aisyah dan membahagiakannya.
An-Nu'man bin Basyir ra berkata;
" Abu Bakar datang bertemu Rasulullah saw, tiba-tiba ia terdengar Aisyah berbicara kepada beliau dengan suara yg cukup tggi, maka Abu Bakar menegur keras, " wahai puteri Fulanah, engkau berani berbicara kepada Rasulullah saw dengan suara tinggi seperti itu!' melihat hal itu, Rasulullah saw langsung meleraikan keduanya. Kemudian Abu Bakar pulang. Rasulullah terus berusaha menenangkan Aisyah. beliau berkata, ' Bukankah engkau sendiri melihat, aku telah melindungimu dr kemarahan ayahmu'. beberapa saat kemudian, Abu Bakar dtg kembali. Kali ini ia mendengar Rasulullah saw sedang tertawa bersama Aisyah. Maka Abu Bakar berkata "Biarkan aku ikut merasakan perdamaian di antara kalian"
(h.r Abu Dawud)
Akhlak mulia Rasulullah saw
Firman Allah;
Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung (Al-Qalam: 4)
Aisyah berkata, " Rasulullah tidak pernah memukul isteri atau pelayan, kecuali memukul ketika sedang berjihad di jalan Allah. Beliau juga tidak pernah membalas dendam terhadap org yg menyakitinya, kecuali jika aturan Allah dilanggar. Saat itulah beliau membalasnya kerana Allah Azza wa jalla"
(h.r Muslim)
Rasulullah saw walaupun sibuk dengan urusan dakwah, namun beliau tetap tampil sebagai suami yg sgt ideal. beliau sempat membantu isteri-isterinya menyelesaikan urusan rumahtangga.
Aisyah ra pernah ditanya tentang apa yg dikerjakan oleh Rasulullah saw didalam rumah, Ia menjawab " ia membatu pekerjaan isterinya, sampai mendengar azan, baru beliau keluar"
(h.r Bukhari)
Ilmu berharga
Rasulullah mengajar Aisyah, Kelembutan dan kasih syg adalah sumber segala kebaikan.
Syuraih bin Hani' " saat Aisyah hendak naik unta, ia merasa agak kesulitan, sehingga menarik-narik untanya. Melihat hal itu, Rasulullah saw berkata, 'Hendaknya engkau bersikap lemah lembut, kerana kelembutan dalam sesuatu hanya akan menampakkan keindahan, dan jika kelembutan hilang dr sesuatu maka akan menampakkan kejelekan"
Urwah bin Zubair ra meriwayatkan, bahawa Aisyah ra, isteri Rasulullah saw berkata, Suatu ketika beberapa orang yahudi menemui Rasulullah saw. Mereka berkata As-saamu 'alaikum (semoga kematian menghampirimu) Aisyah yg menangkap maksud mereka, maka menjawab, Wa' alaikumus salam wal la'nah ( begitu juga kalian, semoga kematian dan laknat menghampiri kalian) mendengar hal tersebut Rasulullah saw berkata ' tenanglah wahai Aisyah, sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam segala sesuatu' Aisyah berkata, Wahai Rasulullah apakah engkau tidak mendengar apa yang mereka katakan tadi? beliau menjawab, Ya aku sendiri menjawabnya, wa alaikum ( dan kalian juga)
(Mutaffaq 'alaih)
Ketulusan dan Keadilan Rasulullah saw
Rasulullah tidak pernah pilih kasih dalam hal agama mahupun kepada sesiapa pun. Sebagai contoh,
Aisyah ra pernah menyindir kekurangan Shaffiyah binti Huyay ra yang memiliki postur tubuh yg pendek di hadapan Rasulullah saw, Aisyah ra berkata " cukuplah untuk mengetahui kekurangan shafiyyah , bahawa dia itu begini (maksudnya pendek), Rasulullah saw berkata, "sesungguhnya engkau telah mengatakan kata-kata yang telah dicampur dengan air laut, maka air laut akan tercemar olehnya."
meskipun Rasulullah saw saangat mencintai Aisyah ra, tapi beliau tidak membenarkannya menyentuh kehormatan saudara sesama muslimah dan menyebut kekurangannya.
Kecemburuan Aisyah ra
Aisyah ra, berkata " Aku tidak pernah cemburu kepada isteri-isteri Nabi saw sebesar kecemburuanku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah berjumpanya. Jika Rasulullah saw menyembelih kambing maka beliau berkata " Bahagikan kepada teman-teman khadijah. aku pernah membuat Rasulullah marah kerana berkata, 'Lagi-lagi khadijah' beliau berkata ' Sesungguhnya aku menyintainya"
(Mutaffaq 'alaih)
Kedudukan Aisyah ra di hati Rasulullah saw.
Aisyah mendapat kedudukan tertinggi di hati Rasulullah.
Aisyah ra, menyatakan bahawa ia pernah bertanya " wahai Rasulullah saw, siapakah org yg paling kau cintai? beliau bertanya " kenapa engkau bertanya seperti itu?" Aisyah ra menjawab. " aku ingin mencintai org yg engkau cintai." beliau menjawab " Dia adalah Aisyah"
Detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah saw,
Aisyah menuturkan " ketika masih sihat, Rasulullah saw pernah bersabda, Sesungguhnya tidak ada nabi yg dicabut nyawanya kecuali setelah melihat tempat tinggalnya di dalam syurga, lalu dia diberi pilihan,' ketika Rasulullah saw didatangi malaikat maut, kepalanya berada dipahaku, Beliau sempat pengsan beberapa saat lalu kembali sedar, Saat itulah beliau mendongakkan pandangannya ke atas seraya berkata, 'Ya Allah! Ar-Rafiiqul A'laa (syurga). Aku sedar bererti beliau tidak memilih kita. lalu aku teringat dengan ucapan beliau ketika masih sihat, 'sesungguhnya tidak ada Nabi yg dicabut nyawanya kecuali setelah melihat tempat tinggalnya di syurga lalu diberi pilihan. Itulah kalimat terakhir yg diucapkan oleh Rasulullah saw yakni Ya Allah! Ar Rafiiqul A'laa.
Kelebihan khusus Aisyah ra,
Aisyah ra berkata, " ada tujuh kelebihan dalam diriku yg tidak dimiliki wanita mana pun kecuali kelebihan-kelebihan yg diberikan kepada Maryam binti Imran. Demi Allah dengan mengatakan hal ini aku tidak bermaksud membanggakan diriku atas teman-temanku.
Abdullah bin shafwan bertanya, " apa tujuh kelebihan itu, wahai ummul mukminin?" Aisyah menjawab " Malaikat membawa gambarku (dalam mimpi) kepada Rasulullah saw, Rasulullah saw menikahiku saat aku verumur 6 thun, lalu aku serumah dengan beliau saat berumur 9 tahun, beliau menikah denganku saat aku perawan, dan itu hanya beliau lakukan denganku, wahyu turun kepada beliau saat beliau berada dalam satu selimut denganku, aku adalah orang yang paling beliau cintai, Allah menurunkan ayat Al-Quran kerana aku, ( kisah fitnah), aku melihat jibril dan tidak ada satu pun dr isteri beliau yg pernah melihatnya, Rasulullah saw meninngal dirumahku, dan saat itu tidak ada org yg mengurusnya kecuali aku dan malaikat.
Menuju Ar - Rafiiqul A'laa
Pada bulan Ramadhan tahun 58 hijrah Ummul Mukminin Aisyah sakit teruk. Sebelum meninggal ia berwasiat agar dikuburkan di permakaman Baqi' bersama-sama isteri nabi yg lain dan keluarga beliau. tepat 17 Ramadhan Aisyah menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ummu salamah berkata, " Demi Allah, dia adalah org yg paling dicintai Rasulullah saw selain ayahnya"
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berda di dalam taman-taman syurga dan sungai . di tempat yg disenangi di sisi Tuhan yg berkuasa. ( Al-Qamar 54-55)
Sumber: 35 sirah sahabat wanita, Mahmud Al-Mishri.
Antara tokoh muslimat yang berjaya mendapat kecintaan Allah & RasulNya.
Hebatnya seorang yang bernama Aisyah binti Abu Bakar.
Kepintaran beliau ternyata melebihi semua muslimat yg ada pada zaman tersebut.
Akhlak beliau ternyata mulia dgn didikan secara langsung dr Nabi saw.
Subhanallah.
Ada insan kerdil yang serba kekurangan teringin untuk meneladaninya.
Doakan insan itu.
Walau langkahnya sering kali terhenti akibat terjelopok,tersembam,tersungkur di pertengahan jalan.
Dia mungkin sedikit lambat.
Tetapi dia sedang ke arah itu, insyaAllah.
If the person who can absorb and spread the light (of hikmah) is just like the moon which get the light from the sun (star) and manage to spread it all over the world,
may Allah guide and help me to be such a great moon.