Friday, January 31, 2014

..:: Afsheen ::..

"Weyh Afsheen.. Pasaipa.. Dekat muka hang ada....."

Luthfi bertanya pada Afsheen. Budak-budak lain semua diam dan memandang ke arah Afsheen.
Andrea cuak. Tiba-tiba rasa malu sangat-sangat. Tetapi kaki Afsheen tetap pada bumi. Tidak berlari.

"Ummi cakap, aku istimewa! Hehhe.."

Afsheen berusaha untuk respon seriang yang mampu.

Luthfi mengangguk. Dan seraya melaungkan "Jom lari sembunyi! Afsheen istimewa, dia kena bilang sampai 100 dan cari kita!!!"

Afsheen terus berlari ke arah pokok dan tersenyum dalam sebak.
Air mata mengalir sambil membilang angka.

Afsheen membesar dengan bijak sekali. Dia selalu berdampingan dengan bahan bacaan. Mungkin kerana dia malas bergaul dengan kawan-kawan sepermainan di kampung. Afsheen juga rajin ke kelas mengaji Al Quran di kampung. Kadang-kadang, hanya Afsheen seorang sahaja budak perempuan yang hadir. Afsheen sudah biasa berseorangan.

Kebanyakan masa lapangnya diisi di rumah bersendirian. Buat kerja rumah, baca buku cerita, tonton televisyen dan main rumah-rumah dengan kucing. Mungkin juga kerana banyak peristiwa disakat oleh kawan-kawan sepermainan yang dilaluinya membuatkan Afsheen hanya keluar untuk mencari kawan apabila perlu sahaja. Ummi cakap, kena belajar bersungguh-sungguh baru pandai. Bila pandai, akan jadi orang yang berjaya.
Afsheen rasa bersemangat untuk berjaya. Baginya, orang yang berjaya itu juga istimewa. Mungkin..


Suatu hari di asrama puteri. Afsheen dan teman seangkatan sedang lepak di bilik tv.

"Afsheen."
"Hmm?"
"Hang memang nak kekalkan muka hang yang macam tu ka?"
Tanya Elena sambil menyelak majalah Remaja.
"Awat?"
Afsheen menoleh memandang Elena 3 saat. Kemudian matanya kembali tertumpu pada drama Jepun di kaca tv.

"Tak dalah.. Kotla hang berminat nak jadi model ka apa."
Afsheen senyum nipis.
"Model tak boleh ada parutkan? Tapi aku tak bercita-cita nak jadi model ka apa."
"Model muslimah laa. Macam Wardina Waheeda semua tu.."
"Mak ai.. aku mana lawa macam depa.."
"Tak pa.. boleh aih.."
"Mengarutla hang Elena."

Sememangnya jauh di lubuk hati Afsheen, dia berkeinginan untuk menjadi seperti insan normal biasa. Dia sememangnya malu jika orang memandangnya. Tambahan orang-orang yang baru pertama kali berjumpa. Dia tahu apa yang dipandang oleh mereka. Dia sangat takut dengan anak-anak kecil yang baru sahaja petah berbicara. Pernah suatu ketika di kenduri di hujung kampung.

"Mamma.. Muka kakak tu.."

Bibir comel Batrisya berbicara sambil menuding jari ke arahnya. Afsheen malu. Tetapi dia sudah berjaya mendidik dirinya untuk tidak menumpahkan air mata di hadapan orang ramai. Hatta di hadapan ummi dan walid.

Afsheen selalu bermuhasabah diri. Dia mungkin banyak membuatkan ummi dan walid bimbang akan dia. Dia mungkin banyak menumpahkan air mata ummi dan walid tanpa pengetahuan dia sendiri. Anak kecil yang tidak tahu erti ketabahan, mesti selalu bertanya kepada ummi dan walid kenapa dia mempunyai wajah sebegitu sewaktu kecil. Hari demi hari, Afsheen mendidik diri untuk lebih berkeyakinan seperti ummi dan walidnya. Yang setia berbangga menggendongnya ke hulu ke hilir sejak dia kecil. Tabah dan penuh kesyukuran memperkenalkan dia sebagai puteri mereka.

Cukup umur 17 tahun, Afsheen nekad. Dia berjumpa dengan doktor pakar untuk mencari solusi bagi masalah yang membelenggu fikirannya sejak kanak-kanak.

"Oh.. That means, you got the scar because of the surgery. You dah dioperate time kecil dahulu la kiranya."

"Ya Dr. Ummi saya yang cerita. Saya kecil lagi waktu tu."

"If that the story, there's no other way dear. If you still insist to get rid it, plastic surgery is the only way."

"Ok.. Thanks Doc. For the consultation."

Afsheen bingung lagi.

Haihh.. Plastic surgery confirm la mahal. Mana mampu..

Afsheen memadamkan niatnya untuk menjalani pembedahan seusai tamat zaman persekolahan. Dia menanam azam untuk melakukannya suatu hari nanti, apabila dia sudah bekerjaya. Mungkin..


Afsheen melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di sebuah kolej. Dia berkenalan dengan seorang rakan sekelasnya, AmalAmal sangat comel orangnya. Jujur dan baik hati. Tidak cepat menghukum dan sangat positif orangnya. Mereka melalui liku-liku persahabatan dengan kasih sayang Allah. Allah jua mengilhamkan kepada Amal untuk tidak jemu memberi peringatan dan kata-kata Nabi saw kepada Afsheen.

"Afsheen, hidup ni kena banyak bersyukur. Mana boleh merungut banyak.."

"Afsheen, kita kena bersyukur sebab kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Kena buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang."

"Afsheen, tutup aurat tu satu kewajipan. Allah suruh sebab Allah sayang. Kita buat sebab kita nak balas kasih sayang Allah.."

"Anggap jala aku bagi benda ni sebab ni dah rezeki hang. Anggaplah ni kasih sayang dari Allah.."


Afsheen sangat senang bersahabat dengan Amal. Pada suatu malam, Amal tiba-tiba bertanyakan mengenai parut di wajah Afsheen.

"Afsheen.. Parut tu.. Macam mana hang dapat?"

"Oh.. Waktu lahir dulu, ummi cakap tak ada pun. Lepas beberapa bulan macam tu tiba-tiba macam jadi something. Macam benjol merah yang makin membesar. Then ummi bawa pergi hospital. Doc cakap kena operate. Get ridkan sumber ketumbuhan tu. Otherwise maybe dia akan membesar. Then aku pun dioperate. So tinggal parutnyala sekarang."

"Ohh.. Kiranya kalau macam tu, memang bolehlah kan nak buat surgery balik, hapuskan parut tu?"

"Yes. Boleh. Plastic surgery."

"Hmm.. Kalau macam tu, yang aku tahu, hukum dia harus. Sebab nak jadi normal macam orang biasa. Bukan nak ubah ciptaan Allah ka apa. Nanti hang dah kaya hang buat la kalau hang nak. Tapikan Afsheen, Allah tak pandang rupa paras kita.. Allah pandang hati.."

Afsheen senyum.

Entah kenapa bagaikan disiram air zamzam, hatinya tenang sekali.

"Afsheen anak yang istimewa sayang.. Allah sayang Afsheen.."
"Allah tak pandang rupa, Allah pandang hati.."


Sejak itu, Afsheen memadamkan sahaja impiannya untuk menjalani pembedahan plastik tersebut. Dia bersyukur kerana Allah hadirkan insan-insan yang berhati mulia yang mendidik hatinya untuk lebih ikhlas. Ikhlas dengan pemberian Allah. Dia bangga mempunyai ummi dan walid yang begitu menyayanginya. Dia bangga mempunyai sahabat dunia akhirat yang erat memegang tangannya, beriringan menempuhi jalan-jalan yang membawa mereka ke syurga Allah.





Afsheen, 7 bulan.



Afsheen & Amal 6 tahun.













31012014 | Afsheen's Story

No comments:

Post a Comment