Tersebutlah kisah tentang dua orang puteri, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Mereka hidup aman bahagia bersama. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang di matrikulasi. Sehinggalah datang seorang putera raja yang beriman dan kacak bergaya..
Gedebuk!
"Addoi.. apa kes main baling-baling bantal ni??"
Mimie mengerut dahi. Tak puas hati.
"Sejak bila dalam skrip ada pasal putera raja yang beriman dan kacak bergaya segala? Huhh?"
Aishah buat muka tak bersalah.
"Hehe.."
Sambung menaip sambil tersengih bak kerang yang tak berapa nak wangi.
Puteri Santubong tinggi orangnya. Walaupun begitu, ilmunya tidaklah setinggi tuan empunya badan (170cm). Puteri Sejinjang sudah semestinya sedikit kurang tinggi. Tetapi, dialah yang bertanggungjawab menaikkan semangat sahabatnya itu. Mungkin Puteri Sejinjang sememangnya mempunyai semangat hidup yang lebih tinggi.
Walaupun tiada pertalian darah, mereka berdua amat rapat dan saling mengingati antara satu sama lain. Selain berkongsi matlamat hidup yang sama, mereka juga saling memberi peringatan antara satu sama lain. Puteri Sejinjang sememangnya lebih berusia daripada Puteri Santubong (99 hari beza umur), tetapi oleh kerana Puteri Santubong lebih tinggi maka dari segi fizikalnya, Puteri Santubong lebih protektif. Dari segi spiritualnya pula, Puteri Sejinjanglah yang sering memberi sokongan moral.
Tibalah satu saat yang telah ditakdirkan oleh Allah, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang terpaksa berpisah kerana tuntutan jihad di medan ilmu. Puteri Santubong amat berduka cita atas perpisahan itu. Puteri Sejinjang tetap memberi semangat. Mengingatkan janji Allah, jika berjaya raih redhaNya, insyaAllah boleh bersama lagi di syurga nanti. Puteri Santubong pasrah dan redha.
"Wehh.. waktu boring-boring, letih baru balik dari kampus tu apa kata ambil handphone, mesej sahabat sehati sejantung yang sorang ni?? Tak pun, balas mesej dari dia yang belum terbalas ka? Better dari tengok rancangan realiti tv Lelaki Tengah Berlari. Kan??"
Kata Mimie dengan bersungguh-sungguh.
Gedebuk!
Bantal melayang buat kali kedua.
"I just need your words kot. Dahla berpisah jasad. Tak kesian ka kat sahabat yang baik hati ni??"
Muka Mimie dah nak berubah akibat proses penapaian.
"Time aku tak ada tu, time yang Allah sediakan yang lebih baik untuk hang. Dan vice versa."
Aishah bersuara sambil memandang bahan bacaan untuk assignmentnya Politik dan Islam.
"Tapi, aku nak hang ada sekali dalam the best time yang Allah bagi dekat aku. Dan vice versa."
Mimie terus berhujah.
"Allah knows better. Pray the best for us."
Jawab Aishah dengan tenang.
Kini, sudah hampir 3 tahun mereka tidak bersua muka. AlhamduLillah, ukhwah mereka masih Allah pelihara. Puteri Santubong mengharapkan agar Puteri Sejinjang terus berusaha menjadi muslimah yang solehah, kekal sihat, ceria selalu dan berjaya di dunia & akhirat.
"Tiada kasih sehebat di hati Ibrahim di saat menyerahkan sendiri Ismail semata-mata untuk melaksanakan perintah Allah.. Di kala itu bermulanya sebuah sejarah agung yang amat bermakna.. Erti sebuah pengorbanan.."
Salam Aidiladha
dari Asmimie Asmawarnie binti Azizan & keluarga
di semenanjung Malaysia
#This entry is truly inspired by all the posts in FB that were dedicated to Deputy President of PMIUSM. Hebat benar ukhwah beliau dgn kenalan-kenalan beliau~
#The reason why I said it is the art of sacrifices is, everyone has our own hurdles & our own journey of life. This ukhwah thingy might be less important for some people. But it truly differs for me. And I could say that, this is one of the sacrifices that I have to face.
May Allah bless~