Tuesday, November 29, 2016

..:: Joke ::..







Kalau orang pandai orang kata otak cayaq
Kalau orang yang tak berapa pandai apa yang cayaq?


Lemak


Sebab tu aku kurus


wkwkwkw



yeah lame I know





Tuesday, November 15, 2016

..:: She ::..



Assalamualaikum & hye



Haritu aku pm dia lirik lagu Teman Sejati by Brothers. Aku dengaq time beli lunch dekat kefe so tetiba tersyahdu sorang-sorang Google lirik, copy and hantaq kat dia. Dia seen ja kot. Bluetick ja. Then petang tu aku mesej benda lain kat dia. Still bluetick tho~ Malam tu aku mesej benda apa ntah baru dia reply.. Tu la nasib aku yang mengemis kasih sayang seorang sahabat. Macam jahat nau ja kan dia tu? Haha. No, she's not.

Hakikatnya, at least sebulan sekali dia akan call aku and sembang panjang pasal hidup dia. Aku pun cerita pasal hidup aku. We might be far apart but we are together by our heart. *Angkat kening*

Dia cakap dia rasa lonely as in rasa berjuang sorang-sorang. Aku cakap aku pun sama. Even ada ramai kawan-kawan sekeliling tapi hakikatnya perjuangan ni perjuangan persendirian. Sebab tu la aku kinda jealous sikit dekat few of them. Cemuih and meluat kadang-kadang tengok gaya depa-depa yang ada best friend depan mata tapi alahai.. Kome esok-esok dah berpisah jarak dan waktu baru tau kot apa yang aku rasa after all these years.

At least ada 3 couples yang sambung master sekali dalam 'clan' aku. Fiqa and Diyanah, Ayu and Aimie, Ran and Rom. They were together since zaman undergrad kot. Untunglaa..

Aku kan layan kpop time lemah iman, adalah 2 orang ni depa dalam 1 band, best friend forever and memang together since 7 years ago lebih kurang. Redah zaman kena torture, zaman bersusah payah, zaman jatuh terjelopok macam mana pun kena bangun jugak, zaman hingusan, zaman noob, zaman tak matured etc. And they are still together till now. Serumah sebilik pulak tu. Aku rasa aku boleh paham pasaipa depa are still together by now.

I was asked by someone 'tak boring ka kawan dengan dia tu ja?'. Dengaq ja soalan tu teruih aku rasa childish gila aku ni di mata orang maybe? Haha. Tak pun, err aku ni kurang normal ka cena? Pfft.. Tapi hakikatnya, no. I'm never get boring with her and I will treasure my life with her forever insyaAllah.

Aku doakan yang baik-baik untuk dia. To those who ever read this, please pray the best for her too, thank you.


hashtagbfftillJannah





Sunday, November 13, 2016

..:: My Idol ::..


Assalamualaikum & hye






Aku ada girl crush dekat sorang sis ni. Well, sapa yang follow aku dekat insta sure dah tau since aku pernah up cerita pasal dia. She is Dr. Fatin Liyana, a medical doctor by profession, famous blogger, ex muslimah model, a mother, a wife, a daughter and of course, hamba Allah. Aku follow blog FL since few years back then. Zaman FL study dekat Indonesia lagi. Kalau orang kata aku suka FL sebab beliau cantik, ya itu betul. Tapi seriously la people, ramai lagi kot yang cantik. Tapi cantik hati, cantik jiwa, cantik otak (yeah aku sorang ja kot yang describe otak cantik) dan jugak cantik fizikal susah kot nak cari. FL ni dah la cantik lepas tu baik hati pulak tu. Dia selalu kata dia ni pesen angin sikit (simptom anak 2nd) tapi aku selalu dapat rasa positive vibes dia tu. I love her the way she is. Hihi.. 

Dia ada post dekat blog cerita zaman dia struggle time study dulu. Admire aku dengan cara dia fight dengan diri, dengan mehnah dan tribulasi yang ada, sampaila dia berjaya jadi duktur la ni. Tapi tu la.. Idola, idola jugak. Aku dengan dia memang jauh panggang dari api dari semua segi. Konon nak tiru part semangat study. Tapi tula.. dulu-dulu mungkin berjaya. La ni, hmm.. Aku rasa aku down gila few months ni kot. Aku senang sangat nak hilang semangat and tak terfokus. Time-time macam ni aku jugakla rasa aku ni not that good to anyone...


"Macam mana nak fokus semedang gaji dah nak masuk 3 bulan tak dapat."



Aku pon akan godek sana sini cari inspirasi even aku dah tau jawapan dia sometimes. Yeah.. I have to keep on striving. Tu ja jalan yang ada depan mata ni. Tak kisahla nampak or tak nampak the light at the end of the tunnel tapi hang tu penakut gelap Mimie so takkan nak patah balik? Tak kan nak statik macam tu ja? Redah ja dalam kegelapan tu sambil berdoa banyak-banyak. And yakin, Allah loves you. He brought you here, so He will never leave you alone.



Allah loves you, Mimie
He brought you here
And He will never leave you alone
Hang in there a little bit more please

=)



Saturday, November 5, 2016

..:: Penunggang agama ::..


Assalamualaikum & hye


Tajuk harini macam serious. Sebab a very serious thing happened few weeks back. Ada sorang budak laki ni (lagi muda dari aku), dia ni memang tergolong dalam golongan yang ada rupa (handsome) dan bawa imej lelaki soleh. Orang lain define dia baik as in dia kaki masjid, Subuh pun di masjid tak missed, kaki puasa Isnin & Khamis (disahkan sendiri oleh roommate dia). Bagi aku despite of kaki masjid, dia budak baik in my book sebab dia jenih menundukkan pandangan dengan orang perempuan. Ok few times aku terjumpa dia, dia memang jalan tunduk ja. And bukan aku sorang ja yang cakap benda ni.

Nak dijadikan cerita, few weeks back dia terkantoi masuk toilet perempuan dan rakam budak perempuan dalam toilet. Ya. Memang kita semua hamba berdosa. Paling kurang dosa mengumpat, berlagha, hasad dengki, tak jaga ibadah, tak jaga aurat etc. Aku tak persoalkan pasaipa dia masih lagi buat dosa even lagi banyak istiqomah buat ibadah yang aku sendiri tak buat. Sebab kita semua manusia bukan malaikat. Tapi yang aku fed upnya is how dia manipulate things after the damage is done.

Ramai orang cakap lelaki ni bijak berkata-kata, jangan senang-senang nak percaya and what so ever. Aku seriously tak tau statistik lelaki or perempuan yang lagi common buat perangai tak senonoh macam tu. Tapi dalam kes dia ni, tak cukup dengan menipu katanya dia behave like that sebab kena buatan orang, dia siap minta sangat-sangat supaya si mangsa untuk tak dedahkan kes tu sebab itu aib dia. Then dia cerita dekat so called 'tunang' dia supaya jangan percaya cakap-cakap orang. Since ramai perempuan suka dekat dia so that girl (mangsa) maybe make up a story only.

Voyeurism is one of sexual disorder yang memang tak boleh dibiarkan macam tu ja. When it's come to disorder, the patient akan end up addicted dengan doing inappropriate things bagi memuaskan nafsu dia. And this thing is not a simple matter. Yang jadi isunya sekarang, disebabkan budak laki tu ada imej yang baik, being Islamic enough, tak pernah dating dengan tunang dia so mangsa yang ambik tindakan report kejadian yang berlaku pulak yang dikatakan agresif.

Aku budak minor psikologi time undergrad. Till now, banyak lagi  case study on abnormal behaviour or disorder yang tak settle-settle lagi di atas muka bumi ni. One of the reason is bila jadi macam ni. The psychotic person dibiarkan begitu saja tak dirawat secepat mungkin. Even kita manusia biasa pun tak boleh hidup sendirian. Kena ada sahabat untuk steer bila melencong ke lane lain. Kena pandai pilih sahabat untuk berukhwah fillah abadan abada. Sebab kita bukan wali Allah. Kita manusia biasa. Kena ada orang untuk membimbing since iman senang jatuh terjelopok di bumi. Tambahlah orang-orang yang ada disorder macamtu. Wallahua'lam.





Wednesday, November 2, 2016

..:: Seorang Nadia Jamaludin ::..





Aku ada sorang adik usrah ni
(adik usrah = adik yang pernah pi usrah sekali dengan aku, tak semestinya aku naqibah)
Hmm dia ni baik budaknya
Suka minta nasihat kat aku gaya macam aku ni kakak yang sangat solehah
Aku just nak cakap..
Kalau aku jumpa ayah dia
Kalau boleh..
Aku nak cakap benda ni..

"Pak cik, minta maaf sebab selalu bagi anak pak cik meleleh ayaq mata. 
Saya takdak niat nak lukakan hati anak pak cik."











I always pray the best for her..
May fate fares her better~