Bismillah..
2015 sudahpun melabuhkan tirainya. Holla 2016. I'm Mimie, 25 years old young lady. Dahla old, young pulak. Pfftt. Anyway, tetiba dapat inspirasi untuk buat catatan kat sini. Thanks to my sahabat dunia akhirat Aishah Marzuki, yes she's the one who inspired me.
2015 seriously bagi banyak pengajaran dekat aku. Dari pasal diri, study, family, kengkawan, sampailah isu politik, ekonomi dan sosial. Aku makin sedar bahawasanya kehidupan di dunia ni semakin mencabar. Tapi masalahnya bila aku betul-betul nak matang? Haihh
So since tajuk entri pun catatan makanya aku akan jot down dekat bawah a few events yang berlaku sepanjang tahun 2015 yang insyaAllah akan terpahat dalam ingatan kudus aku sampai bila-bila. To be frank, ni adalah a few entri yang 'dicramp' sekali since dah lama dok 'peram' dalam hati tapi malas nak tulis. And don't worry a few tu sumpah sikit saja. Aku tak larat nak tulis panjang-panjang la ni. Kena kumpul daya untuk next submission.
Master's journey
Yang ni aku rasa sapa yang kenal aku, selalu jumpa aku, keep in touch dengan aku, memang akan taula bertapa hidup aku tunggang terbalik dek kerana master. Daripada mula sampai momen ini, cabaran yang datang silih berganti. Hati aku ni tak macam perempuan tipikal yang lembut hatinya mudah tersentuh and etc. Tapi, percayalah, dengan mehnah dan tribulasi yang Allah bagi sepanjang aku buat research ni, ayaq mata aku jadi banyak volumenya. Namun, aku percaya dengan janji Allah, bersama kesulitan itu ada kemudahannya. Dua kali Allah ulang ayat tu dalam Surah Al Insyirah takkan tak percaya lagi kot. So dengan izin dan pertolongan Allah lah aku still istiqomah di jalan Master ni. Otherwise kalau dengan kudrat aku ja, dah lama aku give up. Doakanlah aku tabah hadapi segala labwork yang tak habis lagi even dah masuk fasa thesis writing.
Wardah
Allahyarhamah Wardah Salleh, sahabat aku since form 1. Kami budak-budak hostel ni memang semangat assobiah tu tinggi sikit. Bukan tak kawan dengan orang lain tapi since budak ostel ni selalu dicop sebagai geng suka tidoq dalam kelas, geng kelas belakang, geng apa ntah lagi aku tak ingat. So atas faktor-faktor berkenaan kekamcengan kami tak dapat disangkal-sangkal lagi. Hubungan kami tak pernah putus. Saban tahun, time hari raya or kenduri kendara mesti kami berkumpul. And thanks to teknologi WhatsApp, group geng ostel adalah group yang paling rancak sekali. Setiap hari mesti ada notification dari group tu. So kehilangan Wardah secara tiba-tiba akibat cerebral haemorrhage memang sangat dirasai.
And personally, bila aku terkenang balik cerita dua tiga tahun lepas, memang boleh meleleh ayaq mata sebab rindu dekat dia. She was a good muslimah. Kalau aku, Allah letak aku di Changlun sambung study di matrik baru aku kenal apa itu tarbiyah dakwah etc, tapi Wardah, Allah just kekalkan dia di samping keluarga ja, and dia dapat hidayah tu. SubhanAllah. Wardah tak berkesempatan sambung study after SPM disebabkan beberapa faktor. Dan dia dengan happynya menyambung tradisi keluarga dia, berniaga baju-baju di pasar malam, pasar pagi & sbgnya. And so terbuktinya dekat sini, hidayah tu tak semestinya hadir dekat orang yang tinggi pelajaran or golongan "educated" ja.
Aku seriously rasa termuhasabah dengan sikit demi sikit perubahan Wardah. Ada satu malam tu, aku tumpang tidoq di rumah dia sebab nak gathering dengan few geng ostel. And guess what, topik perbincangan tu dah macam silibus usrah. "Tarbiyah pemangkin kecemerlangan diri, dunia dan akhirat". Wahh.. the best 'pillow talk' ever bagi aku. Yala time dekat ostel dulu aku mana tau pun word 'tarbiyah' tu wujud, apatah lagi nak bersembang pasal tu.
Wardah macam a few others jugak. Suka tanya aku soalan-soalan agama yang tinggi maqamnya. Bajet aku banyak ilmu. Bila aku kata aku ni tudung ja labuh tapi ilmu tak selabuh tudung pun then dia mesti kata kalau aku tak tau maybe aku kenal dengan orang yang tau. Orang yang lebih arif dalam bidang tu. And well secara tak langsung, bila aku tolong tanyakan, aku pun dapat ilmu sekali.
Kalau nak cerita pasal kenangan manis, is time Wardah minta tolong aku belikan stoking and handsock. Serious touching time tu. Aku admire dengan kelembutan hati dia terima cahaya agama. Kami peminat tegar novel HLOVATE. Contengan Jalanan tu kira paling best la bagi kami. Kisah pasal dua sepupu yang rapat. Sama-sama mengembara dan 'terjumpa' hidayah Allah. Then tak lama lepas tu one of them meninggal dunia. Even aku taklah rapat mana dengan Wardah macam Chad rapat dengan Fend, tapi tetap aku dapat rasa sedikit sebanyak feeling watak Fend masa watak Chad 'pergi' buat selama-lamanya.
Saat aku tengok jasad kaku Wardah yang berselirat dengan wire di ICU sehari sebelum dia pergi menghadap Illahi, aku terus speechless. Nampak jelas segala yang ada di atas muka bumi ni milik Allah. Segala-galanya. Dan aku masih lagi lagha dan leka. Sedih dengan diri sendiri. Dalam kesedihan tengok sahabat dalam keadaan macam tu, aku rasa bangga juga sebenaqnya. Wardah isteri, anak dan ibu yang solehah. Dia diuji dengan kesakitan yang amat dahsyat secara tiba-tiba. InsyaAllah ujian kesakitan itu untuk menghapus dosa-dosannya sebagai seorang hamba. Dan dia pergi dalam keadaan diredhai oleh semua ahli keluarga dan sahabat handai. InsyaAllah, semoga syurga untukmu Wardah. Al Fatihah.
PAS
I bet siapa yang baca sampai part ni kalau tengah minum oligo kopi susu or sky juice surely macam nak tersembur di kala baca subtopik di atas. Don't worry. It wouldn't be too much about this topic to be write down here. Kalau tajuk dia 'Politik Malaysia' kot la tetiba panjang berjela aku potpet sebab tak puas hati bagai. Part GST saja memang 2 3 perenggan. Tak masuk 1MDB lagi. Well I just wanna say kehilangan Allahyarham Tok Guru bukan kehilangan bagi PAS, pendokong dan penyokongnya sahaja. Bagi aku, ni kehilangan bagi semua rakyat Malaysia. Betul PAS nampak 'goyah' selepas pemergian Tok Guru. Tapi aku yakin, jemaah dan gerakan Islam ini, akan Allah pelihara selagi mana Allah redha dengannya.
Aku yang bukan darah keturunan PAS ni, memang dari awal lagi tak lah 'hardcore' mana. Tapi pegangan aku, kalau jalan ini boleh membawa aku ke arah redha Allah, jalan ini buatkan aku sedar pentingnya mujahadah dalam hidup, jalan ini buatkan aku sedar hidup ini ertinya untuk memberi sesuatu kepada agama, insyaAllah aku akan terus berada di jalan ini. Walau aku tak sehebat orang lain, aktif ke sana ke sini, uruskan atau hadir ke program-program, tapi tak bermakna aku sudah berpatah hati. Yeah you can say that I keep switching my role, sat pendokong sat penyokong whatever you want as long as aku tetap pembangkang kezaliman dan ketidakadilan. Rasa macam 'matured' tetiba sebab tulis pasal ni. Astaghfirullahhal'azhim.
So yeah. That's all for now. Aishah, this post is dedicated for you. Acknowledgement tetiba. Nampak dak penangan fasa thesis writing dah start?
No comments:
Post a Comment