Tuesday, October 13, 2015

..:: Hidup ::..






"Bahwa banyak orang besar-besar yang kalah dalam percintaan, lantaran kekalahan itu dia ambil jalan lain, 

dia maju dalam politik, dalam mengarang syair, dalam mengarang buku, dalam perjuangan hidup, sehingga dia naik ke atas puncak yang tinggi, yang perempuan itu wajib melihatnya....." - Buya HAMKA



"Dah lama kalah dalam percintaan. Tak da niat nak menunjuk dekat orang yang berkenaan since crush lama mamat korea (astaghfirullah). Tengah mendaki. Tapi puncak tu nampak jauh dan tinggi sangat. Sampai bila?" - M






Semua buku HAMKA ni ada dalam wishlist.
Tengah promo 5 buku ni just RM100 dekat sini.
Yes I know my birthday is just around the corner.

Don't worry, I don't expect anyone to buy them for me.
Sebab ada 5 or 6 buah at least buku yang tak baca langsung-langsung lagi.
Sebab semangat tak ada bagai orang baru putus cinta.

Yes, memang kurang bersemangat.
Tapi bukan sebab cinta.
Tak, tak juga anti cinta.
Berkahwinlah kepada sesiapa yang mampu.

Ni krisis budak master research mode yang mudah meroyan.
Baru faham maksud kata-kata Imam Syafie pasal menuntut ilmu.
Tengah-tengah fasa ni, tetiba rasa kurang cerdik.
Banyaknya pengorbanan yang kena hadapi.
Sabar yang sangat kurang.

Sifirnya mudah.
Kalau iman boleh naik dan turung, semangat apatah lagi.
Tips ada berkajang.
Tapi kalau diri dah rasa lemah payah nak laksanakan hatta satu pun.
Makanya, gunalah formula "rise & shine".
Cuba untuk terus menapak.

 Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum. 
Sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka.

Rise and shine.




"Tinggi rendahnya peribadi hidup seseorang adalah kerana
bekas usaha hidupnya
caranya berfikir
ketepatannya menghitung
kejauhan pemandangannya
dan
kuat semangatnya"

-HAMKA





No comments:

Post a Comment