Sunday, April 26, 2015

..:: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck & Aku ::..



    Kisahnya bermula sewaktu aku masih belajar di bangku matrikulasi. Sahabat dunia akhiratku, Aishah yang baik hati lagi setia dan mampu menerima aku seadanya asyik mengesyorkan buku-buku Faisal Tehrani kepada ku. Ya, kami tahu kontroversi yang melanda penulis tersebut tetapi karyanya yang lama-lama alhamduLillah masih tidak mampu mematahkan pegangan kami. 

   Aku pun terus membaca coretan-coretan Faisal Tehrani walaupun kebanyakan dari isinya tidak ku fahami. Sehinggalah suatu ketika, aku terbaca mengenai novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Buya HAMKA di dalam salah sebuah karya Faisal Tehrani. Pernah aku 'google' mengenai novel tersebut tetapi hampa. Tiada fail yang berformatkan pdf (tidak berbayar) yang ku jumpa. Keinginan ku untuk membaca karya tersebut juga tenggelam dek peredaran masa dan waktu. 

  Sehinggalah pada kira-kira bulan Oktober 2014, sewaktu aku dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehidupan master (the beginning is always the hardest), masih belum bergraduasi, aku meluangkan masa dengan membaca bacaan yang tidak membina. Bosan membaca, aku melayari internet dan menonton movie-movie. Aku menonton semula movie-movie dari Indonesia. Sehinggalah pada ketika aku usai menonton movie Di Bawah Lindungan Kaabah, aku terlihat trailer movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Baru ku tahu, rupanya novel itu telah difilemkan lebih setahun yang lalu.

  Hidupku bagaikan bercahaya semula. Aku mempunyai misi baru walaupun tidak ku tahu bagaimana isi novel itu lagi. Aku pun ke makmal seperti biasa dan meluahkan rasa yang terbuku di sanubari kepada Fiqa, jiran meja sebelah. Ditakdirkan, emak Fiqa memiliki novel lama tersebut. Bagaikan bulan jatuh ke riba, bagaikan bintang dalam genggaman, aku pun dengan penuh kesyukuran memohon untuk meminjam novel tersebut.

  Setelah berminggu-minggu bersama novel tersebut (lambat baca sebab tak skip & gaya bahasa yang terlalu tinggi), tiba di penghujung novel, aku terjumpa link untuk menonton Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Sejujurnya, diriku lebih menyukai cerita tersebut dalam bentuk novelnya atas beberapa faktor. Tetapi, aku lebih menyukai 'ending' cerita itu dalam bentuk filem.




Jazakillahhu khayran katheera emak Fiqa!
=)



InsyaAllah, ada rezeki aku juga mahu memiliki novel ini.






#Motif menulis secara tiba-tiba ; Ingin merasai perasaan menulis ketika kurang sihat. Penat dan emosi kurang stabil. Asyik nak terharu dengan kebaikan semua orang. 
#Moral of the story ; Syukuri nikmat sihat dengan syukur yang sebenar. Sakit itu penghapus dosa. Setelah sekian lama sihat, mohon bersabar dengan ujian sakit yang sedikit ini.
#Andai ini penulisan terakhirku, maafkanlah segala kesilapan yang pernah jasad ini lakukan dan hati ini rasakan.




No comments:

Post a Comment