Sunday, April 26, 2015

..:: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck & Aku ::..



    Kisahnya bermula sewaktu aku masih belajar di bangku matrikulasi. Sahabat dunia akhiratku, Aishah yang baik hati lagi setia dan mampu menerima aku seadanya asyik mengesyorkan buku-buku Faisal Tehrani kepada ku. Ya, kami tahu kontroversi yang melanda penulis tersebut tetapi karyanya yang lama-lama alhamduLillah masih tidak mampu mematahkan pegangan kami. 

   Aku pun terus membaca coretan-coretan Faisal Tehrani walaupun kebanyakan dari isinya tidak ku fahami. Sehinggalah suatu ketika, aku terbaca mengenai novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Buya HAMKA di dalam salah sebuah karya Faisal Tehrani. Pernah aku 'google' mengenai novel tersebut tetapi hampa. Tiada fail yang berformatkan pdf (tidak berbayar) yang ku jumpa. Keinginan ku untuk membaca karya tersebut juga tenggelam dek peredaran masa dan waktu. 

  Sehinggalah pada kira-kira bulan Oktober 2014, sewaktu aku dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehidupan master (the beginning is always the hardest), masih belum bergraduasi, aku meluangkan masa dengan membaca bacaan yang tidak membina. Bosan membaca, aku melayari internet dan menonton movie-movie. Aku menonton semula movie-movie dari Indonesia. Sehinggalah pada ketika aku usai menonton movie Di Bawah Lindungan Kaabah, aku terlihat trailer movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Baru ku tahu, rupanya novel itu telah difilemkan lebih setahun yang lalu.

  Hidupku bagaikan bercahaya semula. Aku mempunyai misi baru walaupun tidak ku tahu bagaimana isi novel itu lagi. Aku pun ke makmal seperti biasa dan meluahkan rasa yang terbuku di sanubari kepada Fiqa, jiran meja sebelah. Ditakdirkan, emak Fiqa memiliki novel lama tersebut. Bagaikan bulan jatuh ke riba, bagaikan bintang dalam genggaman, aku pun dengan penuh kesyukuran memohon untuk meminjam novel tersebut.

  Setelah berminggu-minggu bersama novel tersebut (lambat baca sebab tak skip & gaya bahasa yang terlalu tinggi), tiba di penghujung novel, aku terjumpa link untuk menonton Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Sejujurnya, diriku lebih menyukai cerita tersebut dalam bentuk novelnya atas beberapa faktor. Tetapi, aku lebih menyukai 'ending' cerita itu dalam bentuk filem.




Jazakillahhu khayran katheera emak Fiqa!
=)



InsyaAllah, ada rezeki aku juga mahu memiliki novel ini.






#Motif menulis secara tiba-tiba ; Ingin merasai perasaan menulis ketika kurang sihat. Penat dan emosi kurang stabil. Asyik nak terharu dengan kebaikan semua orang. 
#Moral of the story ; Syukuri nikmat sihat dengan syukur yang sebenar. Sakit itu penghapus dosa. Setelah sekian lama sihat, mohon bersabar dengan ujian sakit yang sedikit ini.
#Andai ini penulisan terakhirku, maafkanlah segala kesilapan yang pernah jasad ini lakukan dan hati ini rasakan.




Sunday, April 19, 2015

..:: Moon ::..


Abah ada 'taste' anak perempuan kesukaan yang tersendiri
Abah suka gadis yang truly gadis
She must be adorable with the brain
Cantik itu subjektif
Tapi bagi abah, cantik akhlak dan halus pekerti tuan badannya,
maka cantiklah dia
Dia haruslah juga bijak mengawal dirinya agar tidak tergopoh gapah
dan clumsy
Sentiasa kemas, rajin mengemas, dan sentiasa kemas
Sopan santun dalam menutur kata-kata dan perbuatan

Somehow, aku bersyukur sebab aku jadi anak abah
bukannya bakal menantu
Then aku realise balik..
Ok, itu maknanya, aku tak berjaya menjadi anak gadis yang ideal untuk abah
So his love for me is soooo genuine~
Love unconditionally
=')



The moonlight is setting,
A black moon is setting in my heart
It resembles me, who can’t say anything
If I long for it so much and call out and call out
It’s a memory that became blackened ash


Tak semestinya diri yang lama itu kena tinggalkan forever,
Sometimes, part yang baik, kena ambil balik.
I never say, "Bring back the old Mimie."
Just, stay where you are and improve yourself.
To let go something that will leave a mark in your heart is uneasy, really.
Tapi kena jugak andai itu takdirNya!

Keep smiling gratefully
Cari hikmah dari setiap segi & inci
Live your life to the fullest
And, leave everything to Allah
Allah will fix everything insyaAllah



Last but not least, be strong!
You are the chosen one.
=)





Ustaz Bikai buat lawak spoil 
Hati selalunya kental dengan provokasi murahan
Tapi yang ni rasa tak boleh nak tahan
Allah yang jadikan kita dengan sebaik-baik kejadian kan?
Tiba-tiba rasa nak jadi invisible forever