Bunyi tapak kasut kedengaran di luar pintu. Mendengar intonasi dan momentumnya, Afsheen sudah tahu siapakah gerangan jasad tersebut.
"Assalamualaikum."
Pintu ditolak dari luar.
"Waalaikumussalam.."
Afsheen merenung skrin netbook yang dipinjam dari ibu saudaranya. Serius.
"Tengah buat apa tu?"
"Tak lalu makan nasi.."
Hana mengangkat kening.
"Jawapan hang unik. Bukan ka hang sepatutnya jawab tengah online, blogwalking or yang sama waktu dengannya?"
"Bisinglaa.. Bukan ka hang dah nampak semua benda tu? Aku just jawab benda yang tersirat. Yang hang tak nampak."
"Wuu.. Emo habis tahap dah ni.. Ok ok take a deep breath, istighfar and let it out slowly. I hang rasa nak nangis pun ok, apa gunanya aku sebagai sahabat dunia akhiratkan?"
Mendengar sahaja perkataan 'nangis' terus berkaca-kaca mata Afsheen.
"Haha.. Tak ada apa la.. Kes Kpop dan muslimah buat aksi tak syari'e semalam tu. Aku dah tengok post tu semalam. Tapi hari ni tetiba viral pulak videonya. Then semua orang bagi respon memasing. And on top of that, ramai pulak judges yang arif lagi bijaksana."
"Oh ya? Aku kat restoren tadi ramai customer. Tak dan nak online. Meh sini aku tengok."
Afsheen mengenjak ke tepi untuk memberi ruang kepada Hana.
Hana membaca artikel yang menceritakan perkara yang berlaku sepintas lalu.
"Astaghfirullah.. Awat yang boleh jadi sampai lagu ni..?"
"Aku la yang longlai buat kerja dakwah.. Sebab tu ramai lagi di luar sana lemah lagi fahaman dan pegangan depa."
"Ok I got the picture now.. So, hang pasaipa tak lalu makan nasi?"
"Hang agak?"
"Hang terasa ka?"
"Terasa lagu mana hang rasa?"
"Well you know.."
"Aku terasa untuk kedua-dua belah pihak.. I can put myself to the both side of the shoes, really."
"Ookay.. So hang buat apa?"
"Cari daddy long leg."
"Daddy long leg?"
"Hang tau dak apa benda daddy long leg?"
"Tau and tak tau."
"Daddy long leg is a term used for someone who cares, stands by, listens, protects and so on. Mostly he or she is a friend. Long leg refers to the distance. So daddy long leg is a pakcik, since the word used is daddy who has the attributes as I mentioned before."
"And ini adalah hasil daripada menonton drama Korea dari sekolah rendah?"
Hana tersenyum mengusik.
"Shut up.."
Afsheen kekal berwajah serius.
"So hang nak cari so called daddy long leg buat apa?"
"Nak minta nasihat, taujihat dan semangat yang tulus ikhlas."
"And?"
"Tak jumpa lagi.. Yang aku jumpa semua membuatkan aku hilang selera. Hang cuba baca yang ni."
Hana membaca post dari page yang terkenal dengan sentapannya. Hana menggeleng kepala.
"Post ni bagi aku insyaAllah betul apa yang dia tulis dan dalil yang dia guna. Tapi once aku baca ja post ni lagi rasa nak rebel pulak. Astaghfirullah.."
"Aku pulak tak.. Aku rasa lagi down.. Aku rasa aku tak berguna. Aku rasa aku hina. Aku rasa segala yang aku buat selama ni sia-sia."
Hana menoleh ke arah Afsheen.
"Hisyy.. Janganla macam tu.. Ok jom kita cari sama-sama daddy long leg tu."
"Aku dah ada daddy long leg sebenarnya. Dia ahli politik dan pada masa yang sama seorang yang boleh kita panggil ustaz."
"Hang kenai mana?"
"Adala.. Aku dulu takut nak pi majlis-majlis yang orang pembangkang buat. Sebab parents. Let say aku kena tangkap, siapa nak defend aku? Penakutkan?"
"Standard la tu.. Kita bukan macam Harry Potter. Dapat skill magic dari mak ayah dia. Kita macam Hermione Granger. Mak ayah kita tak ada skill tu. Tapi AlhamduLillah Allah takdirkan kita untuk ada skill tu walau tak banyak."
"Ya AlhamduLillah.. And year by year aku semakin berani keluar dari kepompong. Dengan niat nak kumpul ilmu. Bukan sebab nak rebel membuta tuli. And dalam ramai-ramai ustaz yang aku jumpa, ustaz tu yang buatkan aku rasa selamat, diraikan, tak tersisih and he just like cakap dekat aku, 'Don't give up, no matter how hard it is."
"Whoaa.. SubhanAllah.. Baiknya ustaz tu."
"Aku tak tokok tambah ok. Aku tabik ustaz tu. Dia dibesarkan dalam suasana tarbiyah dari kecil. Ayah dia, bukan calang-calang orang. Tapi yang impressivenya, dia boleh blend in dengan keadaan semasa."
"Nanti aku nak add dia la dekat FB."
"And I bet he is so busy and tak dapat nak respon isu ni on the spot."
"Tak pala.. Cari la nasihat, taujihat and kata-kata semangat dari orang lain dulu.."
Hana mencapai mouse dan menekan butang 'refresh'.
"Hmm.. Nah baca ni."
Afsheen membaca post-post tersebut dengan penuh penghayatan. Hana mengambil tupperware yang berisi nasi goreng kampung dan menyudu nasi tersebut, lalu dihalakan kepada Afsheen.
"Ok bismillah lekaih. Say aaa..."
Afsheen tersenyum nipis. Dia mengambil tupperware dan sudu dari Hana. Bibirnya melantunkan kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim", lalu menyuap nasi tersebut ke mulut. Ada linangan air mata di pipinya.
"Pedas la nasi ni. Hang nak?"
Tanya Afsheen.
"It's ok. Tak pa, aku ambilkan ayaq na. Untuk padamkan api."
"Haha. Empangan pecah bukan sebab marah la.. Sebab terharu.."
"Oh ya? Sebab?"
"I've got a wonderful daddy long leg and a lovely sister long leg. AlhamduLillah.."
Afsheen tersenyum.
To Hana ; I beg you, to grab my hand till Jannah. Please..?