Wednesday, March 14, 2012

..:: AnD-comeback ::..





Meskipun engkau bukan seperti yang dulu,
Namunku tetap di sini menantikanmu,
Sampai hatimu,tinggalkan aku,
Namun cintaku tetap hanya untukmu...




Aulia membelek satu persatu kad-kad comel tulisan tangan Diana.


"Oi makcik..."

Aulia tersenyum.

"Aku rindu hang...kerana Allah."

Nafas dihela.

Sudah hampir tiga tahun dia di bumi kanggaru.Tiga tahun juga tidak bersua muka dengan Diana.

Cuti semester yang lalu dia pulang ke Malaysia.Seronok bukan kepalang.Melepaskan rindu terhadap ayah bonda dan keluarga tercinta.Namun hati berat meninggalkan bumi itu.

Mungkin kerana tak ada rezeki nak tatap wajah mak cik sorang tu.

Nota,buku seberat tiga kilo dan segala sesuatu yang berkaitan dengan Neuroscience bergelimpangan di atas meja studi.

Study makin susah.
Hidup makin payah.

"Kenapa Aulia? Hang nak kahwin ka?Muka macam tengah gelisah kira bajet kenduri ja."

Aulia menoleh ke kanan.Dipandang wajah Jah si roommate kepala tingtong tak kira masa.

"Ada ka pulak?Kot ada orang dekat Stanford tu la kot yang nak kahwin.Makin sepi aku rasa.Busy studi and busy nak kahwin kot."

"Mana hang tau? Waqi' berbeza.Ntah-ntah dulu hang busy tak cukup dewan muzakarah hang redah buat program,tolong bancuh kopi,pasang curtain,jemput panel,jadi panel,sekarang masa sahabat hang tu pula.After three years,studi pun masuk fasa killer time level,segala gerak kerja diambil alih orang baru haa, baru rasa macam free.Macam la..Ingat senang nak jadi speacialist?Huhh."

Aulia terangguk-angguk.

"A'aahkan? Dia busy buat kerja untuk Islam.Aku nak resah gelisah pasai apa?Tapi aku nak catalyst..."

Jah mengangkat kening.

"Krisis hati betul.Mentang-mentangla sahabat hang tu studi bab hati."

"Jah....!! Aku rindu dia!"

"Giler kemaruk betul.Kalau adik usrah hang tau perangai naqibah depa yang cheesy macam ni,memang tergegar tsiqahnya."

"Alaa..ni kisah hati.Setiap orang mestila ada kekurangan masing-masing."

"Istighfar Aulia.Nasib baik kepala aku boleh adapt dengan segala sesuatu situasi.Haiyyohh.."

"Hang senangla cakap,hang dah bertunang.Dah ada catalyst."

"Owh please..Aku tak da calling-calling,texting-texting or dating-dating dengan dia pun.Hang tu almost every weekend tercangak depan webcam berjam-jam sembang dengan family la,family angkatla,kucing la,hamsterla,Dianala..Tak cukup catalyst lagi?"

"Then,macam mana hang find the ease in your heart?Instead of perform prayer and recite Al Quran,usrah,muzakarah,muqayyam,rehlah,daurah and etc?"

"Aku suka travelling.Tapi sebab kekangan masa,aku pergi jalan-jalan dekat-dekat sajala.Dua hari sekali lepas Lab Dr Edwin aku akan follow junior-junior yang nak outing.Depa maybela pi beli belah dekat streets mana-mana.Aku carila port best.Mini library,mini museum apa-apa saja yang tak da unsur-unsur haram.I can find the ease within the life of other people.Upbringing aku sama kot yang mempengaruhi.Aku suka terbang bebas.Spesis tak stick on something.Keadaan tu yang memberi makna kepada aku.Bukan orang yang ada dalam sesuatu keadaan tu."


"I can't..find...any...beautiful..of..life..there.."

"Macam lonely semacam kan?Actually tak lah.Aku bercinta dengan Allah in my own way.Hey,kan syurga ja tempat segalanya akan kekal? So,never hope too much in this dunia.Macam aku sekarang,yes aku dah bertunang.Alaa..baru bertunang.Mana tau Allah punya rancangan.So bagi aku, just do the best,pray, and let Allah do the rest.It is an art of live gratefully."

"Astaghfirullah..Kadang-kadang aku yang lemah melawan perasaan.Thanks Jah.Ingatkan aku apa yang aku terlupa."

"Allah jadikan aku untuk ingatkan hamba-hamba yang lain kepadaNya.There's no need to thank for.Thanks for Him.Who willing to light up our life.Alhamdulillah."

"Alhamdulillah.Hati aku dah tenang.Dan di antara nikmat yang terindah apabila kamu melihat isteri kamu,isteri kamu menyejukkan hati....."

Aulia tersengih.

"Hape?Hape? Hati sapa yang sejuk? Huhh. Tunggula aku akad nikah nanti.Sejuk la sampai tahap beku pun aku tak kisah."

"Alaa..Puan Jah malu."

"Tolong arr.Kahwin bukan macam main kahwin-kahwin."

"Okei..Thanks Jah."

Tok.Tok.Tok.

Pintu diketuk.

Jah bingkas menyarung tudung dan menapak ke pintu.

"Allah dah balas kesyukuran hang.Ni haa catalyst dah sampai."

Aulia menoleh.

Kotak bertukar tangan.

Aulia menangkap perkataan Stanford di bahagian alamat pengirim.

Senyuman mekar.

Sehelai sweater terlipat dalam kotak itu.

"Serius comel.Sweater kartun-kartun.Gajah pulak tu."

"Alhamdulillah.."

Aulia tersenyum lagi.

Nota ringkas yang terselit dicapai.


"Still cannot forget you.I'm sorry.But I'm glad. >_< miss you fillah  Aulia"







"Have you seen how the ships sail on the sea by Allah's grace so that He may show you some of His sign? Indeed, there are signs for every patient endurer,grateful one." [31:31]

No comments:

Post a Comment