Monday, April 25, 2016

..:: Patience ::..








"He delays His response only to hear you to call Him more.."











Monday, April 11, 2016

..:: Ikhlas ::..






Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuh umat manusia dan tidak pula menilai ketampanan wajahnya, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hati hambaNya”. (HR. Muslim)







Seriously aku rasa, part ni yang tak settle-settle lagi.
Ikhlas.
Aku tak cukup ikhlas dalam mengejar cita-cita.
Tak cukup ikhlas menjadi seorang hamba yang bertaqwa.
Tak cukup ikhlas. 
Seriously..


Sunday, April 3, 2016

..:: Abah ::..


“Ayah saya tak sihat, dah berumur dah,” Eh. Saya terus terdiam. Amat jarang bagi kenalan saya seorang ini untuk bercerita tentang keluarganya. Mengenali beliaulebih tujuh tahun lalu, hidupnya memang tentang kerja. Cukup fokus.
Dia kemudiannya bangun dan menunjukkan gambar yang dihantar oleh adiknya di kampung. Gambar ayah yang sedang berbaring di beranda rumah. Yang menusuk hati ialah telefon bimbit di letakkan di dadanya.
“Anak-anak semua duk jauh, kita pula kerja banyak.. haih…” Air matanya bergenang.
“Bila jadi macam ni, dia mulala sakit-sakit. Kalau telefon dia tanya, hang bila balik? Hang balik tak minggu ni? Hang tak ada cuti ka? Kalau kita teruih jawab tak ada cuti, kerja banyak, sibuk, lagi dia sakit,”
Saya dan kawan lain mendengar sahaja. Beliau kemudian bangun dan meninggalkan kami. Suasana jadi sepi. Masing-masing teringatkan ayah sendiri.
Saya teringatkan kisah Allahyarham Yasmin Ahmad semasa filem beliau (Rabun) di calonkan di Itali satu masa lalu. Allahyarham membawa ibu bapanya ke sana juga. Pada waktu itu, Rabun adalah filem melayu pertama dicalonkan di festival filem di sana. Dan dia sendiri lihat ibu bapanya gembira. Kata beliau “bila kita gembirakan ibu bapa, ibu bapa kita akan sihat,”
Kawan-kawan,
Semasa kita kecil, bapa kita jarang-jarang kali meluah rasa rindu pada anak. Umur kita masih bayi, beliau akan sibuk dengan keringat membesarkan anak-anak dengan berusaha keras mencari rezeki. Waktu kita sedang belajar di ruang tamu rumah, ayah sekadar melihat dari jauh. Menghirup kopi dan menjenguk keadaan kita sahaja.
Masuk sahaja ke Universiti, kita lebih suka bertanya khabar melalui emak. Jika telefon, pasti telefon emak. Minta duit pun minta dengan emak. Dan emak akan menjadi orang tengah yang paling manis pernah wujud di dalam dunia. Semua permintaan yang diutus melalui emak kepada ayah akan diselesaikan dengan cara yang unik-unik. Jika tidak berduit pada waktu itu, tiba-tiba ada bantuan sampai.
Zaman dulu-dulu, kesusahan emak ayah dalam membesarkan kita itu perkara sebati. Perkara yang sentiasa mereka bersedia. Jika mereka ada sedikit duit lebihan, wang itulah yang akan disimpan dalam tin milo di belakang bekas beras. Susah bagaimanapun, duit itu tidak mungkin akan diguna. Kecuali, anak-anak yang sedang belajar, mahu beli itu ini. Tin itulah yang akan dibuka perlahan-lahan, dikira baik-baik dan dihantar kepada anak yang sedang kejauhan.
Hari ini, anak-anak kerja dengan penuh sibuk. Momen-momen ayah membesarkan anak bermain dalam kepala. Semasa kita belajar, baru nak mulakan hidup, berkahwin dan punya anak seorang dua, ayah masih lagi bergaya dan sihat untuk menaiki bas menjenguk kita. Selang lima ke enam tahun selepas itu, ayah mula banyak baring dan berehat-rehat.
Kadang-kadang penyakit yang datang itu bukannya sakit. Lebih lagi bila emak menelefon, “ayah kau tak berapa sihat tu, kerap demam sekarang,” Maka kita pun tergocoh-gocoh balik ke kampung. Melalui perjalanan lebih enam tujuh jam dan saat sampai sahaja ke rumah emak ayah, lihat ayah berdiri tercegat di hadapan pintu. Segar bugar menyambut cucu-cucu.
Hati kita pun berbisik, “ayah ni betul ke sakit?” Kita pun menghulur salam, mencium tangan. Dan lihat bibir ayah terketar-ketar memberi senyum dan mengusap kepala kita. “Balik pun hang,”
Itu bukan sakit kawan, itu rindu.
Mana mungkin seorang yang sudah berumur dan dah tak punya kudrat sanggup berbaring dengan ditemani satu gadget komunikasi di dadanya. Itu hanya rindu. Rindu mahu dengar suara anak-anak, lebih lagi melihat wajah itu yang sekarang sudah pun beranak pinak.
Gembiranya gembira yang sama semasa kita semua lahir dulu. Wajah kecil kita yang dicium-cium ayah setiap kali balik kerja dengan peluh yang ligat keluar, tangan kaki perut kita yang digeletek hingga kita terkencing ketawa, dan birat-birat badan kita yang dirotannya dengan penuh sesal waktu dulu untuk kita jadi manusia. Semuanya dia rindu.
Sungguh dia rindu.

Post FB Khairul Hakimin Muhammad


Rindu abah. Yang selalu sakit kepala diam-diam tengok anak dara dia yang suka buat perangai dari dulu. Yang tetiba balik rumah pakai baju yang dia tak berkenan. Lepas tu tak score SPM. Then dah dapat matrik PDT balik rumah tetiba bertudung labuh bawa aura pembangkang bagai. 

Teringat satu hari tu dekat rumah abah tanya

"Kak dok rasa pening dak?"
"Dak la pulak. Awat abah?"
"Mai tengok ni."
Aku jenguk dalam bilik mak abah. Abah gantung gambaq aku time kecik dekat muka kipas duduk tu. And gambaq tu pusing oscillate sekali dengan kipas. That's why abah tanya. Sweetnya ya Rabbi.