Tuesday, July 23, 2013

..:: 22th year ::..



Masjid Khulafa' Ar rasyidin.

Ku tersenyum.. 

Teringat tika itu..
Daku yg keseorangan di tempat baru..
Dikau bersama rakanmu..
Sekilas ku memandangmu..
Senyumanmu ceria sekali..
Membuatkan ku terpaku seketika..
Sepi dan sunyi hilang sekelip mata..
Tetapi hati ini tidak pandai menafsir rasa..
Sungguh..

Stadium

Mata ku terpandang dirimu lagi..
Ku masih lagi berseorangan dalam ramai..
Dikau mesra bersama teman-teman..
Manis dengan senyuman..
Kali ini, ku tiba-tiba hilang malu..
Tanpa sedar ku menyampuk perbualan mu..
Masih jelas di ingatanku..
Kau tersenyum lalu menyambut sampukkan ku itu..
Hari itu juga, ku kehilangan fail biru baharu ku..
Siapa tahu,ku juga mendapat anugerah terindah pada hari itu.. ?



Pasar malam Pekan Changlun

Hari Rabu..
Kita keluar bersama ke pasar malam..
Ku suka sekali..
Dikau banyak bertanya perihal makanan utara..
Ku juga suka bercerita..
Ku beli soto yang sedap sekali..
Dikau beli apa ku tak ingat sangat..
Tapi rasanya apom balik.. Kan? 
Ku juga ajari dikau makan moy sup yg sangat sedap..
Kau juga suka sekali..
Sehingga bertakhta di hati walau di mana dikau pergi..

Kafe Blok B

Kita selalu beli makanan di sini waktu tahun pertama..
Ku suka beli char kuey teow kerang..
Kau suka beli char kuey teow ayam @ udang..
Yang paling ku ingati, malam itu dikau belanja ku makan benjo dari kafe ini..
Malam orang bako sarang tebuan dekat kolej..
Tahun kedua pula, kau suka ice blended perisa milo..
Ku pula, perisa koko..
Warnanya sama..
Ohh sweetnya..

Kafe Blok C

Tempat wajib utk kita makan setelah habis kuliah pukul 4..
Kadang-kadang ja dikau & aku makan waktu tengahari..
Tapi sekali sekala, ku lapar, ku singgah jua utk beli nasi..
Sangat sweet bila ku lihat, dikau juga beli nasi dan berlalu pergi..
Di sini juga ku ingat menu yg sangat sedap..
Kuey teow kungfu..
Dikau sangat menggemarinya..
Ku juga..
Masih lagi ku ingati, nasi goreng thai yg dikau sukai..
Sampai sekarang, di mana sedapnya nasi itu, masih ku teliti..

Kafe Admin

Kafe ini, ada nasi..
Kita makan time lunch tengahari..
Tapi bila lepak sini di waktu pagi..
Kita suka beli bakso di booth luar kafe ini..
Bakso di situ, dikau suka sekali..
Aku suka sipi-sipi only..
Tapi, maggi hotplate & kuey teow claypot di booth itu menjadi pilihan hati..
Tahun kedua bila kelas tak sekali, kita suka dating di sini..
Di area ini juga, dikau beri tazkirah free di pagi hari..
Tazkirah pasal wajibnya pakai stokin kaki..
Ku ingati sehingga hari ini..

Marrybrown

Kita selalu makan di sini..
Ada moy yg memikat hati..
Dikau suka chicken porridge..
Ku suka seafood porridge..
Tetapi sekarang sudah tiada menu kesukaan ku itu lagi..
Ku redha dgn ketentuan Illahi..
Perginya dikau, membawa seafood porridge ku sekali..

Cmart

Shopping mall yg sangat dekat dengan hati kita..
Bagi ku ia tempat yg istimewa..
Kerana dikau suka outing..
Jalan-jalan lagi best dari terperuk kau kata..
Mungkin kerana itu aku juga suka ke sini..
Selain di Alor Star, aku cuma pernah ke sini dengan dikau..
Ya, sebab kita tak pernah ke mall di Jitra bersama..
Kan..?



Kolej Matrikulasi Kedah

Ku rasakan semangat ku masih lagi kekal di sana..
Tak banyak, sikit itu mungkin masih lagi ada..
Buaian yg ada di playground..
Lab-lab & kelas tutorial..
Jalan-jalan di lorong pejalan kaki yg ada..
Dewan kuliah..
Semua tempat yg kita pernah menapak di sana..
Ya.. mungkin benar..
Semangat ku masih lagi ada di sana..
Tempat yg menyebabkan hidupku berubah 360 darjah..
Bersama dikau sbg catalyst..
Mendorong aku secara langsung & tidak langsung..
Tempat jatuh lagi di kenang..
Tempat berjumpa anugerah-anugerah terindah apatah lagi..






Tahun kelima ku mengenali dikau..
Doaku, semoga ikatan ini berpanjangan hingga ke syurga..


16th July 2013
Sanah helwah Aishah.
I thank Allah so much as He give the chance for me to be your best friend.
Thanks for being that one too.
May Allah guide and hold you tight.
May Allah bless and love you much.
Fi hifzillah.








#Sorry lambat seminggu. I'm a working man now. Busy. hehh
#Terimalah segala keemoan & kejiwangan yg ada. Sambil taip dgr lagu Kisah Cinta by Fellhoney. That's why laa..



nah hadiah
print la buat bookmark


Monday, July 22, 2013

..:: Wahai Purnama ::..

Mata layu, kuyu dan lesu habis tahap dah.

Muka Kak Min ditatap.

"Awat yang muka sampai lagu tu cheq.. Taula posa pon."

Nailah memuncungkan mulut. 

"Lesu pelik la hari ni. Nak lipat envelop ni pun dah tak da daya."

"Sabar sayang. Ni medan jihad kita. InsyaAllah. Kerja kita ni dikira sebagai ibadah. Niat betul-betul tak ni? "

"Ya.. Ya.. Niat. Sahaja aku menjalani praktikal kerana Allah taala."

Kak Min tersenyum melihat Nailah. berjalan pun dah macam budak-budak mamai cari tilam dah.

"Kuat Nailah, kuat!" 

Kak Min memberi semangat.

"Ya. Kuatla wahai Nailah yang baik hati dan bersemangat waja. Kira kena bersyukurla kena turun ke site waktu pagi ja time bulan posa nih. Haihh."

Nailah sudah berpindah ke meja sebelah.

Laptop dihidupkan. Cursor berlari di skrin. Pop up Windows Media Player akhirnya muncul di skrin. Alaa play ja la lagu mana yang ada.

3 saat kemudian, suara merdu dan lunak anak kecil kedengaran.


Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Siang dan malam jua … siang dan malam jua

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Mereka yang istimewa dan amat sempurna …

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata


Syahdu satu lab.
Semangat berjaya dikumpul kembali. 
AlhamduLillah.