Amni melipat telekung usai bersalaman dengan beberapa muslimah yang lain. Hati kecilnya belum puas berbicara dengan Illahi.
"Ya Allah. Engkau jagalah hatiku ini selalu. Dakaplah ia erat-erat.Genggamlah ia kuat-kuat."
Dia berjalan menuju ke rak untuk mengambil begnya.Beberapa muslimah sedang mengerumuni kawasan itu.
"Amni.."
Satu suara memanggil.
Amni menoleh.
"Ya..?"
Matanya menatap tepat ke mata Basyirah.
Basyirah tersenyum.
Amni mengangkat kening.
"Awat?"
"Saja.Jom.Aku nak belanja.Makan benjo Pak Man."
"Aku kenyang.Dah dinner."
Amni terus melangkah menuju ke rak.
"Alaa.Berlagak betul.Sedapla benjo free."
"Isyhh..Aku dah makan moi sup dengan char kueteow tadi...Tu la..Nak belanja tak mau bagitau awal-awal."
Bebel Amni sambil menyimpan telekungnya di dalam beg.
"Nak ikut.Tak mau sudah.Malam esok tak da aku nak offer dah."
Basyirah terus berlalu.
"Syier..."
Basyirah terus berjalan.
"Ieya!"
Kaki Basyirah berhenti menapak.
"Apa? Pandai-pandai tupai ja nak panggil nama umi aku panggil."
Amni tersenyum.
"Nak benjo.Thanks! Jasamu dikenang. Ada rezeki ada nadi nanti aku belanja hang pulak."
-------------------------------------------------
"Hang rasakan, macam mana kita nak jadi baik?"
"Solat 5 waktu.Puasa.Jangan derhaka kat ibu bapa."
"Huhh..Ieyaaaaa....aa!"
"Whoa..5 harkat tuh.."
"Aku nak jawapan logik akal yang ikut landasan Islami.Bukan skema paper Pendidikan Islam Tingkatan 5."
"Lahh..betulla! Nak baik kenala ikut perintah Allah.Amal Makruf Nahi Mungkar ustaz aku kata."
Amni mengangguk-angguk.
"Light bulb! Yes! Yes! Ustaz hang awesome arr! Bagi formula mudah untuk difahami."
Kata Amni sambil memetik jari.
"Ustaz aku memang awesome.Like teacher like student ar.."
"Ceit..Masuk toilet mandi sendiri.Aku puji cikgu hang.Bukan hang."
"Memangla masuk toilet mandi sendiri.Sapa lagi nak tolong mandi?"
"Orang mati, orang lumpuh, orang ada penyakit Spinocerebellar Degeneration, Reflex Sympathetic Dystrophy, Dysautonomia and et cetera et cetera."
"Ya..ya..miss doc."
"I am a cool neurologist to be insyaAllah in bracket,okey.The Dr. term just a tittle that messed up a researcher's name."
"Oukey..Macamla tak kena ambik tau pasal ordinary doctor study langsung.I am a charming mechanical engineer to be in bracket too, anyway."
"Yes..I know an engineer a bit cool than doctor.But it's okey.I like this way.Weitt..melalut sampai benua mana entah.Sambung pasal tadi balik.Amal makruf nahi mungkar? How to do so??"
"Okey.Okey.Maybe first thing you should apply that amal makruf now by makan sampai habis benjo tu.Almost 10 pm and cafe will be close in a minute."
"Reason?"
"Supaya menyenangkan kerja orang lain.Tak perasan ka sunyi dah kafe ni? Kita berdua ja yang tersangkut dekat sini dari tadi. Nanti pekerja-pekerja nak mop, basuh susun bangku meja pinggan mangkuk cawan.Kang kerana kita depa lambat balik.Mana tau anak Pak Man yang bongsu tu tunggu ayah dia balik kerja dari tadi di muka pintu dengan mata yang layu kerana mengantuk.Hang tak kesian ka?"
"Hang tau dak?"
"Apa?"
"You talk like a nanny.But i like it! It's cool!"
Basyirah memuncungkan bibir.
"Jom."
Beg Amni terus dicapai dan mereka beriringan pulang ke bilik.