selama ini..
ku mencari-cari..
teman yang sejati..
buat menemani..
perjuangan suci..
ok stop.stop doesn't mean the end.kan?
lagu best among the best 4 sahabat ni sapa yg x tau?
lagu yg best utk didedicatekan kpd yg bernama kawan,rakan,sahabat & teman.
lagu yg sangat bermakna utk org yg sangat bermakna.
okey sekarang cemana dgn kes..
"saya ada orang yg bermakna utk saya tapi saya tak bermakna untuk dia?"
ada jugak kes mcm tu eak?
ni kes bertepuk sebelah tangan?
eh berkawan pun ada kes macam tu?
tak pun berkawan olok2 macam budak-budak kecik dok buat tu?
current shock pa?
sejak bila tamadun manusia lagi meningkat umo lagi jadi budak-budak?
this what we call intermission moment.
era di mana masing-masing mencari identiti diri.
zaman di mana masing-masing mencari haluan hidup.
waktu di mana kehidupan sibuk dengan mengejar cita-cita.
mungkin suatu masa dahulu kita di kelilingi ramai teman-teman yang macam langsung tak akan terpisah.
tapi by the time,perpisahan itu tetap tiba.bila dah terpisah masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing.waktu ni kes alzheimer,friends dumping and lost in the world menular.somehow,mostly people not realize it at all.perhaps,they also have their own perfect life.
FRIENDSHIP FOREVER @ EVERLASTING OF FRIENDSHIP @ INFINITY OF FRIENDSHIP..
di sini ALLAH akan uji sejauh mana ikatan persahabatan itu bertahan.nak2 pulak udah la jauh dengan best friend and the gang,dgn member depan mata pun asyik ribut ja.waktu tu la baru trasa nak sangat da old buddies berada di sisi.mimpi dalam fantasi tu namanya kan?orang dah ada hidup sendiri.waktu tu la syaitan main peranan menghasut..:"ala kawan2 kesayangan intan payung berlian kau tu dah tak ada masa untuk kau.dah lupa kau.dah tak nak amik tau pasal kau."..pastu dia cucuk lagi."kawan yg ada sekarang pun bkn nak sangat berkawan dengan kau." and si empunya diri pun down.. syaitan kata : "kesian..kau keseorangan.."
semua orang amik masa untuk belajar.semua orang amik masa untuk jadi matured.persahabatan pun.so kenala bersabar.sabar-sabar-sabar.sabar akan membuahkan ikhlas.ikhlas akan mengundang rahmat & cinta ALLAH.biar manusia tak tahu sejauh mana sabar & ikhlas kita.asalkan ALLAH tahu.ALLAH nampak.ujian ALLAH datang dalam pelbagai cara.sahabat adalah salah satu darinya.
antara sifat-sifat mungkar yang akan memutuskan ikatan persahabatan:
1.Ego
~ibu segala sifat mazmumah.semua orang ada ego.tapi pandai-pandaila control.ego dengan sahabat memang membawa kepada kehancuran.cemana nak aman persahabatan if ego masing-masing menggunung kalah gunung everest?aisyh..tak kesian kat kawan awak? saya kesian..kesian kat dia if kena bertahan dengan ego saya yang memuncak.terlalu mengejar kesempurnaan.cemana kalo dia dah tak ada sapa-sapa utk depends on?terseksa batin dia.tak pun awak tengok la.sekali dia tak dapat bersabar,dia pergi dan tak akan kembali lagi dah.hati dah luka parah awak...
2.Cemburu
ni memang tak boleh nak kata apa.semua orang ada sifat cemburu.ada yang cemburu tengok sahabat yang lain bahagia bila dapat hadiah,bila dapat result gempak,bila menang pertandingan bila cikgu sayang dia lebih.tapi ada jugak jenis orang yang cemburu tengok sahabat dia dengan sahabat yg lain.dia rasa seolah-olah sahabatnya itu bahagia bila dia tak da.dah cukup sempurna walaupun dia tak da.dalam erti kata yg lain dia rasa sahabat dia tak perlukan dia dalam hidup.ayat standard yg selalu dipertuturkan.."sapala aku.." elele..sayu pilunya..
3.Mungkir janji
tak tepati janji.sahabat dah bagi kepercayaan.tapi diri yang tak beware.dah terlajak perahu ingat senang na reverse?ucapan maaf kadang-kadang membingitkan telinga seseorang.asyik buat salah ja.bila nak buat baik?lagi 1 spesis senang-senang hati tabur janji macam tabur padi."awak,saya nak berada di sebelah awak sampai mati." hmm..terharu betol kalo betol.what ever will be will be.the future is not ours to see.jangan simply cakap tapi tak berusaha ke arah tu.at the end..nothing left.only the people who has the heart that broken into the pieces still there."any1 want to fetch me out?"
Frankly speaking..banyak lagi penyebab-penyebab renggangnya @ putusnya tali ukhuwah tu.
berukhwah kerana ALLAH akan kekal selamanya.
tapi xsemestinya tak diuji.
lagi baik perbuatan itu lagi ALLAH uji.
only the best will win.
HablumminALLAH..utamakan~
Hablumminannas..peliharakan~
kita hanya hamba.yang selalu buat salah.rendahkan diri utk itu demi ALLAH..
kita manusia yang sering tersilap langkah.saling memaafkan kerana itu fitrah manusia.
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
jika kita bersahabat dgn orang yg baik.teruskan menghargai & menjaganya hingga ke akhir hayat.mungkin dia akan menemani kita hingga ke syurga.
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
berdasarkan hadis ni,ternyatalah tak rugi jika kita terus mencintai sahabat kerana ALLAH.ikhlaskan hati kerana ALLAH.kerana ALLAH akan kembali mencintai kita.walaupun mungkin diri kita tak dihargai seperti yang diharapkan,ikhlaskan hati memberi kebebasan kepada sahabat yg tercinta.bukan bermakna memutuskan persahabatan.ALLAH tahu betapa bermakna sahabat itu dalam hidup kita.ALLAH tahu betapa kita menyayanginya kerana ALLAH.dia sahabat baik yang pernah menemani kita menempuh hidup secara berhikmah.sahabat yang pernah membawa kita mendekati ALLAH dengan caranya tersendiri.sahabat yang pernah menyenangi kehadiran kita.sahabat yang pernah bersabar dengan kekurangan kita.
jangan bersedih jika kita bukan sahabat yang cukup baik baginya.biarkan dia mendampingi sahabat pilihan hatinya.berlapang hatilah dalam melepaskannya.mungkin ada yang terbaik menanti kita.isi dunia tak akan selamanya kekal.hati manusia mudah berubah.setiap yg berlaku ada hikmahnya.mana tahu,kesanggupan kita melepaskan dia pergi demi kebahagiaan dan kebaikannya merupakan nilai cinta yg tinggi di sisi ALLAH.let fate fares us well..leave it to ALLAH.ALLAH will give the best for us.
~hargailah sahabat selagi ada kesempatan.bila waktu dah berakhir nanti,sia-sia dah.mungkin masa yang ada @ pernah ada tu satu-satunya peluang ALLAH bagi untuk kita bersama dengannya.
spread the love.tight up the bond.eliminate the hurt.
"janganlah kerana terlambatnya pemberian ALLAH itu walaupun kamu telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan kamu berputus asa.Maka ketahuilah bahawa ALLAH telah menjamin segala permintaanmu berdasarkan yang telah dipilihNya untuk kamu,bukan atas apa yang kamu pilih untuk kamu,dan pada waktu yang sudah dikehendakiNya,bukan waktu yang kamu kehendaki."
jangan sedih.ALLAH sentiasa bersama~