Di satu waktu ketika Rasulullah saw bersama para sahabatnya, lalu baginda mengacukan soalan kepada mereka semua yang hadir,
"Siapakah di antara kalian yang melakukan puasa yang terus menerus dan tidak henti-henti?’
"Saya wahai Rasulullah saw " Jawab Salman Al-Farisi yang hadir di tengah-tengah khalayak ramai.
"Siapa yang sentiasa menghidupkan malamnua?" tanya Nabi saw lagi.
"Saya wahai junjunganku Rasulullah saw," Jawab Salman Al-Farisi lagi.
"Siapa yang mengkhatamkan Al-Quran setiap hari?" Soal Rasulullah lagi.
"Saya juga mengkhatamkannya ya Rasulullah saw," kata Salman Al-Farisi.
Melihat keadaan tersebut, sebahagian para sahabat membangkang. Kata mereka,
"Ya Rasulullah saw, Salman adalah orang Parsi. Dia hanya mahu membanggakan sukunya sahaja terhadap kami. Dia tidak melakukan puasa terus menerus kerana hampir setiap hari kulihat dia makan seperti biasa. Dia tidak bangun sepanjang malam kerana kulihat dia tidur hampir sepanjang malam. Dia juga tidak mengkhatamkan Al-Quran setiap hari kerana kulihat dia lebih banyak berdiam daripada membaca Al-Quran.
"Wahai Polan, janganlah engkau bersikap agak meremehkan orang seperti Lukman Al-Hakim ini. Tanyalah kepadanya, kelak nanti engkau akan mendapat jawapannya " Nasihat Rasulullah saw
"Wahai Salman, bagaimana engkau mengaku melakukan puasa sunat padahal hampir setiap hari aku melihatmu makan?" tanyanya
"Benar apa yang kamu duga. Aku hanya berpuasa sunat selama tiga hari sahaja pada setiap bulan . Tapi Allah berfirman
"Siapa yang melakukan perbuatan baik maka baginya sepuluh kali ganda seumpamanya ."
Surah Al-Anam – 160
Kemudian aku akan berpuasa pada bukan Sya'ban yang kulanjutkan terus sampai bulan Ramadan Semua itu dikatakan sebagai puasa sunat terus menerus.
"Lalu bagaimana dengan bangun sepanjang malam yang engkau katakan itu padahal engkau lebih banyak tidur berbanding bangun pada akhir malam"?" pertanyaan di acukan lagi kepada Salman Al Farisi.
"Tidak benar apa yang engkau duga. Namun aku mendengar kekasihku, Rasulullah saw bersabda :
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, seakan-akan dia menghidupkan malam tersebut. Dan aku sentiasa tidur malam dalam keadaan bersuci."
"Kemudian bagaimana dengan mengkhatamkan Al-Quran padahal hampir setiap hari engkau lebih banyak berdiam,"
Aku dengar kekasihku, Rasulullah saw berkata kepada Ali ra.
"Ya Abal Hassan, kedudukanmu di tengah umatku seperti kedudukan Qul Huallahu Ahad di dalam Al-Quran. Sesiapa yang membacanya sekali, maka dia telah membaca sepertiga Al-Quran; sesiapa yang membacanya dua kali, dia telah membaca dua pertiga Al-Quran dan sesiapa yang membacanya 3 kali, maka dia telah mengkhatamkan Al-Quran.
Sesiapa yang mencintaimu Ya Abal Hassan, sekadar lidahnya, maka dia telah memperoleh sepertiga dari iman, sesiapa yang mencintaimu dengan lisan dan hatinya, maka dia telah memperolehi dua pertiga daripada imam. Sesiapa yang mencintaimu dengan lisan dan hatinya, lalu membantu (perjuangannya) dengan tangannya, maka sempurnalah imamnya. Demi yang mengutusku dengan kebenaran, apabila penghuni bumi ini mencintaimu seperti penghuni langit yang mencintaimu, maka tidak satu pun dari mereka yang akan diseksa dengan api neraka. Dan aku membaca Qul Huallahu Ahad setiap hari sebanyak tiga kali. "
No comments:
Post a Comment