Thursday, July 7, 2011

Aku dan Dia (19-ii)


“Kita nak bangunkan balik khilafah Islamiyah..”

Sekali dengan ustaz dan ustazah  dekat kem dulu pun selalu cakap benda ni.

“Tunduk sebagai hamba,berjuang sebagai jundullah.”

Aulia mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Hmm..Sebab tu kita kena jaga akhlak kita.Jangan bagi fitnah kepada agama.”

“Baikk..”

“Ok..Try kurangkan sikit sifat-sifat macho tu.Tak manisla dek.”

“Dah pesyen macam ni.Nak buat macam mana dah..”

“Aulia..Sedangkan menurunkan ego demi agama pun Aulia mampu.Hmm..dulu Aulia mana layan akak ni.Haa sekarang pasal macho-macho ni pulak.Tak ada yang mustahilnya.Try ek.”

“InsyaAllah.”

“Hmm..Bila nak ajak sahabat Aulia yang sorang tu join usrah kita?”

“Nantila.InsyaAllah.”

“Usahakan ek? Akak doakan Aulia berjaya.Ajak sahabat ke arah kebaikan satu kewajipan yang dituntut dalam bersahabat.”

“Akak apa maksud nama  akak?”

Shifwah menarik muka hairan.

“Sahabat karib..kan? Patutla akak suka cerita pasal sahabat.”

“Mana tahu? Em,dah tahu lepas tu tanya orang pulak.Aulia ni, tak faham betulla akak.”

Aulia tersenyum nipis.

“Tak payah paham pun tak pa.”

“Haa.Cakap yang bukan-bukan lagi.Tafahum selepas taa’ruf,sebelum takaful.Berani langgar rukun?”

“Ok.Ok.Slow and steady dulu ek.Bukan apa,tak semua benda yang kita luahkan tu orang akan paham 
dengan senangnya.Kan?”

“Hmm..Aulia,Aulia.Berusahalah yang terbaik untuk mendidik diri.Allah bukan saja-saja nak bagi kefahaman dekat kita.”

“Baik.”

“Jangan jadi hamba ego.”

“InsyaAllah.Akan diusahakan.”


No comments:

Post a Comment