Friday, July 8, 2011

..:: Jimat Air ::..

JIMAT MEMBAWA NIKMAT
Anas r.a berkata : “Nabi S.A.W berwudhu’ menggunakan air sebanyak satu mud (2 liter) dan mandi junub menggunakan air sebanyak satu shoo’ (4 liter) hingga lima mud (14.8 liter).”          [Hadis Riwayat  Muslim]

TIP JIMAT AIR~
1.       Jangan  dibuang sisa air yg telah digunakan kerana ia boleh dikitar semula untuk menyiram tanaman dan sbgnya.
2.       Pastikan tiada kebocoran paip dengan melihat meter air anda dalam tempoh 2 jam (sebelum dan selepas digunakan.)
3.       Pastikan tiada titisan air yg keluar dari pili anda.Jumlah titisan air per saat bersamaan 2 700 gelen setahun akan dibazirkan.
4.       Periksa tangki simbah tandas anda dengan memasukkan pewarna supaya ia mudah dikesan sekiranya ada kebocoran.
5.       Elakkan mengepam tandas tanpa tujuan dan jangan membuang sampah ke dalam mangkuk tandas sebaliknya gunakanlah tong sampah.
6.       Ketika mandi,elakkan penggunaan air secara berlebihan,gunakan pancutan air dengan tekanan yg sesuai.
7.       Minimakan jumlah air ketika mengisi tab mandi,pastikan saluran air keluar ditutup dengan sempurna dan anda hanya perlu isi 1/3 air ke dalam tab mandi.
8.       Pastikan air tidak mengalir ketika anda sedang memberus gigi,mencuci muka dan bercukur.
9.       Tetapkan paras air ketika menggunakan pencuci pinggan automatik dan mesin basuh pakaian mengikut kadar basuhan yg telah ditetapkan.
10.   Ketika mencuci peralatan memasak,bilaslah dengan air pada kadar yg minima.
11.   Jangan gunakan air utk mencairkan daging beku atau makanan yg lain.
12.   Buangkan sisa makanan ke dalam tong sampah sebelum membasuh peralatan dapur.
13.   Hidupkan mesin pemanas terlebih dahulu sebelum membuka pili air utk digunakan.
14.   Jangan jadikan pancutan air di atas bumbung sebagai system ventilasi kerana ia menggunakan jumlah air yg banyak.
15.   Pastikan pemutar/pemegang pam tandas simbah anda dalam kedudukan yg baik kerana ia boleh menyebabkan air keluar berterusan.
Sumber : Syarikat Air Darul Aman~

1 comment:

  1. kt tempat aku dijangka tak ada bekalan air bersih menjelang thn dpn..

    ReplyDelete