Sunday, July 10, 2011

Aku dan Dia (19-vi)

Aulia tersenyum pada payung yang terbuka di tengah biliknya itu.

Jihah dan Bihah baru masuk bilik memerhatinya dengan perasaan pelik.

“Aulia.”

Bihah memanggilnya.

“Em?”

Dagunya tak terangkat dari bantal peluknya.Matanya tak berlari dari payung lutsinar itu.

“Payung baru ek? Baru beli? Ke dapat free? Tu yang bahagia semacam tu.”

“Em..”

Hanya itu sahaja jawapannya.

Jihah dan Bihah mencebik bibir dan mengangkat bahu masing-masing.

Aulia tersenyum pada payung itu.


Di Yen Gallery.

“Aulia,kalau hadiahkan pen apa maknanya?”

“Entah.Mana aku tau.Ada maksud jugak ka?”

“Yala..Macam bagi hadiah baju,kasut,sapu tangan or jam.Mesti ada maksud.”

“Aku tak tau.Maksudnya?”

“Hehe.Si pemberi tu suruh si penerima tu rajin-rajinla tulis surat.”

“Ek?”

Aulia buat muka derk.

“Yala.Aku hentam ja.Kalau bagi baju? Macam mana pulak?”

“Orang cakap,tak baikla bagi baju.Nanti berpisah.Orangla cakap.Tapi tak boleh percaya sangat.Tu bukan 
kuasa kita.”

“ Ek? Aku ingat kalau bagi baju tandanya nak orang tu lagi rapat dengan kita..”

“Hang yang ingat..”

“Em kalau bagi sapu tangan maksudnya, orang tu nak hapuskan kesedihan kita.”

Aulia menggeleng kepala.

“Nope.Sebaliknya.”

“Kalau bagi kasut pula nak orang tu selalu ada di samping kita.”

“Rukun mana hang pakai ni? Menyimpang jauh. Aku dengar orang cakap bagi kasut tu macam nak orang tu nyah pergi jauh dari kita adala.”

“Ya eh? Takkanlah.. Haa.. Kalau bagi jam,sure-sure nak orang tu ingat kita selalu.”

“Baru dapat 1 markah.”

“Kalau bagi frame gambar,nak orang tu kenang kita selalu.”

“Kalau frame tu tak pecah.Tak pun kalau dia kena Alzheimer macam mana? Sejuta frame pun tak dapat buatkan dia ingat seorang manusia.”

“Ishy..Tragiknya.. Em kalau bagi minyak wangi tandanya orang tu istimewa.”

“Yala kot.”

“Kalau bagi payung..”

..Nak orang tu tahu,kita akan buat apa saja untuk melindunginya.Aulia bermonolog sendirian.

“..tandanya,kita willing to protect that special person forever,”

Aulia tersenyum pada diri.

Diana ni kan..

“Aku bagi kau yang ni.Special! Dengan seikhlasnya.Sebab sudi berkejar-kejaran naik teksi dan bas untuk selamatkan aku.”

Tangan Diana melingkari leher Aulia.Nasib baik tak beza sangat ketinggian.

Dia selalu buat apa yang aku buat atau pernah buat atau terasa nak buat.



“Tu Jihah punya!”

Suara Jihah menyedarkan lamunan Aulia.

“Mana ada! Bihah punya!”

Aulia hanya jadi pemerhati.Aku dah kurang cemburu dah tengok sesi menyemai kemesraan sesama insan ni.

=)

No comments:

Post a Comment