Sunday, July 10, 2011

Aku dan Dia (20-iii)

Usai solat,Aulia mengadap buku catatannya.

Teringat kata-kata Diana..

“Buku kau ni comel.Bintang blink-blink.Tapi..Haha! Warna pink jugak.”

Aulia buat muka seposen.

“Dah yang ni ja ada star.Pink pun pink la.Cun apa.”

Senyuman terukir 3 saat.

Matanya terus meniti baris-baris nota catatannya.

Homework dah siap.Alhamdulillah.

Aulia terus mencapai sweater.Tudung pun dicapainya sekali.Nak pergi hujung koridor kejap.Tekan air tin.
Sambil melangkah ke mesin air,kelibat hamba Allah yang sering bermain di minda ada di depan mata.Nasibla malam ni tak da apa-apa aktiviti dah selain mesyuarat mingguan kelab.

Diana memandang langit malam.Angin bertiup lembut.Tiba-tiba setin air disuakan ke arahnya.

“Assalamualaikum.Nah amik ni.Aku belanja.”

Diana memandang Aulia.Lambat-lambat dia bersuara.

“Waalaikumussalam.Thanks.”

Sepi kembali.

Diana.Diana.Berat pula mulut kau nak bercakap malam ni.Naik rimas aku tak dengar suara kau dari petang tadi.

“Sejuknya angin malam ni.Tak sejuk ka?”

Sepi lagi.Cakap kat anginlah nampaknya Aulia oi.

Diana tenggelam dalam kegelapan langit.

“Sejuk jugak.”

“Aku boleh nampak langit suram malam ni.No star at all.Nak hujan kot.Dengan angin bertiup ¼  kencang ni.”

“Em..Angin bertiup sekali lalu ja.Dorang takkan berpatah balik dah.So, biarkan ja lah dia nak bertiup..”

“Same goes with life,time and people.Kita tak selalunya dapat jumpa orang yang sama sampai mati.Parents pun lama-lama boleh beruban.Kita pun tak kecik sampai bila-bila.Tak bertapa di satu zaman sampai bila-bila.Hidup pun sekali ni ja.”

“Sebab hidup ni sekali la,kalau boleh diputarkan masa…aku takkan biarkan benda sia-sia macam ni terjadi.”

“Tu takdir namanya.Istighfar Diana.Perkataan kalau tu membawa maksud hang tak rela dengan apa yang terjadi.”

“Lepas tu kita tak da hak nak menyesal?”

“Yes.Fitrah manusia akan menyesal kalau the things go wrong at the end.Tapi kena balik pada qada’ dan qadar.”

“Aku tak pilih untuk ada perasaan dekat dia.”

“That’s Allah’s will.”

No comments:

Post a Comment