Konayuki bernyanyi di telinga.
Berjalan bersendirian menuju ke kerusi panjang di hadapan tasik.
Ada couple yang tak pasti status halal atau haram sedang bertenggek di tebing tasik.
Kalaulah betul dia orang ni belum bernikah, agak-agak cool tak aku tolak jer masuk dalam tasik tu.
Astaghfirullah. Haishh. Nabi SAW tak ajar umat Baginda menganiyai antara satu sama lain. Bil hikmah Syeer bil hikmah.
Kerusi kosong di hujung jalan menjadi pilihan. Syeer meletakkan beg sandang di sebelah. Headphone di kepala dilurutkan ke tengkuk.
Keindahan alam ciptaan Tuhan sememangnya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Subhanallah..
Syeer membuka zip beg. Buku Apa Ertinya Aku Menganut Islam yang Mimie bagi semalam dibuka. Teringat kata-kata Mimie,
"Syeer, kita ni hidup tak lama.. Kita kena live our life to the fullest in the best way. If kita pilih jalan yang salah, Allah tak akan rugi. Islam tak akan rugi. Yang ruginya kita."
Hati terasa sayu tiba-tiba.
Syeer menggenggam buku itu sekuat hati.
Allah masih nak terima aku ke? Aku yang baru nak bertatih. Aku yang baru nak ambil tahu pasal agama sendiri?
Buku dalam pegangan melurut jatuh ke tanah.
Tiba-tiba ada tangan yang menyuakan buku itu.
Mata yang bertakung dengan air itu akhirnya melimpahkan takungannya.
Tangan pantas mengesat air mata.
"Nah. Buku awak terjatuh."
Syeer memandang insan di hadapannya.
"Azwa..Terima kasih.."
Buku disambut.
"Syeer, awak pun baca buku ni?"
Syeer hanya mengangguk. Sambil mengesat saki baki air mata.
Azwa terkial-kial menapak dan mengambil tempat di sebelah Syeer.
"Syeer awak tau, dulu masa mula-mula join usrah, naqibah saya ada bagi tahu pasal buku ni. Then saya pun beli dan baca sampai habis."
Syeer hanya mendengar.
"Lepas tu, baru saya sedar bahawa Islam ini untuk semua. Untuk orang yang sihat tubuh badannya dan juga untuk orang yang istimewa macam saya."
Azwa tersenyum.
"Saya rasa, saya makin istimewa apabila saya berjumpa dengan Islam yang sebenar dan apa tuntutan Islam kepada kita yang mengaku kita ini muslim."
"Kalau dahulu saya rasa sangat susah nak bergerak ke kelas. Saya selalu ditinggalkan kawan-kawan. Saya tak dapat nak buat perkara-perkara yang orang lain dapat buat. Tapi sekarang saya tetap bersyukur dan merasa sangat bahagia. AlhamduLillah.."
Azwa senyum lagi.
"Sekarang saya tahu Allah rupanya sangat sayang kepada saya. Sebab itu Dia 'ajarkan' saya apa ertinya kehidupan saya yang macam ni. Semua kesusahan itu, kalau saya lalui dengan ikhlas, insyaAllah ada ganjaran dan rahmat dariNya."
"AlhamduLillah.. Allah itu Maha Pengampun. Kasih sayangNya lagi hebat dari dosa-dosa kita. Kalau dahulu kita tak tahu apa yang kita buat itu banyak yang salah, sekarang kita sudah tahu. So, macam lame la if still doing wrong things even we had being told not to do so."
Syeer hanya memandang Azwa.
"Jadi sekarang, saya sangat bersemangat untuk menyambut cinta dariNya. Dan saya tak nak kedekut. Saya nak cuba spread to the max cinta dariNya ini. Sweetkan? Kita bercinta dengan sesuatu yang kita tidak nampak tapi kasih sayangnya bertebaran di atas muka bumi ini. Sangat terasa kasih sayangNya bagi orang-orang yang hatinya ikhlas. Sememangnya tiada paksaan dalam Islam. Dan bagi kita yang sudah merasai kasih sayang itu, tiada alasan untuk kita menolak hidayah yang datang dariNya."
Azwa memegang sisi kerusi. Terketar-ketar dia cuba untuk berdiri. Syeer membantu dari sisi.
Azwa senyum dan menghulurkan tangan.
"Saya nak jalan dahulu. Janji dengan adik-adik usrah nak makan sekali di kefe blok C. Kena gerak awal kalau nak punctual."
Syeer menyambut huluran tangan Azwa.
Azwa senyum. Dan mula menapak ke arah laluan pejalan kaki. Hati dia melangkah dengan keadaan terkial-kial.
Air mata meleleh lagi.
Tiada lagi alasan Syeer.
8.39 02062013
credit to her ; a contented slave of Allah, seorang yg sangat tabah, inspire me in every tutor Psikologi Sosial. May Allah strengthen her in this life.
credit & dedicated to ; us.
credit to ; gambar tasik di UNIMAS. I want to be there even for just a second with my beloved best friend for the sake of Allah.
No comments:
Post a Comment