Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?
[Al-Baqarah: 140]
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. [Al-Baqarah: 143]
Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kamu selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kamu menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kamu bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Kamu tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan
oleh Allah, kamu tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satusatunya
pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang
akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.
Suatu perkara yang jelas nyata ialah para nabi dan para rasul hanya diutus untuk menyampaikan syahadah ini. Sudah tentu tanggungjawab ini menjadi kewajipan mereka. Setelah itu, selepas ketiadaan mereka tanggungjawab ini diwajibkan pula kepada orang-orang yang mengimani dan akur dengan risalah dan perintah mereka. Pada hari ini tanggungjawab syahadah dipikul pula oleh seluruh umat Islam yang beriman dengan risalah Muhammad s.a.w.. Tanggungjawab ini kini menjadi tanggungjawab mereka semua yang suatu ketika dahulu ia menjadi kewajipan pembawa risalah ini, Nabi Muhammad s.a.w. ketika hayatnya.
Dipetik dari Syahadatul Haq-Penyaksian Terhadap Kebenaran karya
Syeikh Abul Al-A’la al-Maududiyy.
Ternyatalah menjadi satu kewajipan bagi umat Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan syahadatu haq ini kepada segenap alam. Siapa kita, asal usul kita, sejarah kita, di mana pun kita atau bagaimana sekali pun kita, selagi mana kita mengaku kita ini umat Islam, wajib untuk kita memikul tanggungjawab ini.
Ya. Jika dinilai dengan logik akal, hanya mereka yang benar-benar hebat yang mampu untuk menggalas tanggungjawab yang amat berat ini.
Persepsi masyarakat menyatakan golongan yang layak untuk menyampaikan syahadatul haq ini hanyalah mereka-mereka yang menuntut ilmu agama, mereka-mereka yang sering menghadiri kelas pengajian di pondok, mereka-mereka produk Al Azhar Mesir atau Yarmouk , Jordan, mereka-mereka, yang datang dari keluarga alim ulama', mereka-mereka yang berserban berkopiah, mereka-mereka yang yang berjilbab dan berniqab dan sebagainya.
Persepsi itu harus diperbetulkan kerana ia mengundang kepada kemerosotan ruh perjuangan Islam. Menjadi tanggungjawab kita (saya, anda dan mereka) yang meyakini kalimah Laa ilaha illallah Muhammadur rasulullah untuk mengembalikan masyarakat dunia amnya dan umat Islam sendiri khususnya kepada fitrah hidup sebagai hamba yang bertuhankan Allah Yang Esa.
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.[Ali Imran : 104]
Bagi mengembalikan hamba kepada Tuhannya, marilah sama-sama kita mengislahkan diri, keluarga, sahabat-sahabat dan masyarakat dengan memikul beban dakwah yang sebenarnya telah lama diwariskan oleh Nabi SAW kepada umat akhir zaman. Ayuh menjadi golongan yang beruntung.
Hidup mulia atau mati syahid.
Al Faqir Ilallah.
Meminta kepada Yang Memberi, Mengharap pada Yang Mengingati, Berserah kepada Yang Mengasihi.
No comments:
Post a Comment