Sunday, August 31, 2014

..:: Langit Malam ; Prelude ::..


"Nur Diyanah Imtinan binti Naufal..?"

Cikgu Huda memanggil nama salah seorang daripada pelajar Tingkatan 2 Cemerlang. Tiada sahutan yang membalas. Kerusi dan meja pelajar itu sepi tidak bertuan. Pandangan Cikgu Huda beralih kepada pelajar di meja sebelah. 

"Diyanah tak datang sekolah cikgu.. Semalam pun dia tak datang. Tak tahu apa sebabnya."

"OK. Esok kalau dia tak hadir jugak, saya akan call parents dia."

Kata Cikgu Huda dengan tegasnya.

Naimah, rakan sebelah meja Diyanah memandang sayu ke arah kerusi dan meja milik Diyanah.

"Diyanah...."




Kanak-kanak berumur 4 hingga 5 tahun sedang berlari dengan riangnya di kawasan taman permainan tadika. Masing-masing sedang tertawa dengan bahagia. Ada yang bermain papan gelongsor. Ada yang bermain buaian. Ada yang di atas jongkang jongket. Ada yang bermain bola. Dia tersenyum. Matanya setia memerhatikan setiap kanak-kanak tersebut. Senyumannya semakin mekar. Kenangan lama menerpa kembali.

"Maa..!! Maa!!! Janganla laju sangat...! Diyanah dah penat..!!!"

"Haaa!!! Diyanah lambat lari, Mama tangkap Diyanah!!"

"Tamaulaaa Maaa!!!"

Akhirnya Diyanah berada dalam dakapan mamanya. Kanak-kanak kecil berumur 4 tahun itu tertawa bahagia.

Betapa Diyanah merindui saat bersama arwah mamanya. Diyanah menyeka air hangat yang mengalir di pipi.





Hujan turun lebat. Guruh pula berdentum dengan kuatnya. Namun, suara Mak Yong menengkingnya dapat menandingi dentuman guruh tersebut.

"Kalau kau rasa kau bagus sangat, kau rasa kau dah besar sangat, kau ambil semua baju-baju kau ni, barang-barang kau ni. Kau berambus keluar dari sini!!!"

Buku-buku dan pakaian milik Diyanah dilempar ke luar rumah. Mak Yong sudah naik angin. Diyanah mengambil beg plastik yang terselit di celah rak kasut, lalu mengisi barang-barang miliknya ke dalam plastik tersebut. Suara Mak Yong menghamburkan kemarahan masih kedengaran.  

"Kau dengan ayah kau sama je perangai!! Pentingkan diri sendiri!! Perasan bagus!! Tak hormat orang!! Orang macam ni tak layak hidup!! Baik mati je!! Senang cerita!!"

Buku-buku dan pakaiannya sudah basah dek kerana air hujan. Diyanah masih lagi mengutip satu persatu barangnya. Air matanya jatuh membasahi pipi selebat air hujan yang turun membasahi bumi. 







"Diyanah.."

Tok mama memanggil perlahan. Diyanah mengangkat kelopak mata sedikit.

"Cucu Tok Mama ni demam ye..?"

Tapak tangan Tok Mama terasa sejuk di dahi.

"Nanti Tok Mama ambilkan kain tuala basah ye.. Diyanah nak makan tak..?"

Lembut suara Tok Mama bertanya. Diyanah menggelengkan kepala.

"Nanti dah lapar, Diyanah bagi tahu ye..Diyanah tunggu sekejap ye.."

Diyanah memejamkan kembali matanya. Air mata mengalir sekali lagi. Entahlah.. Mungkin dia jatuh sakit kerana 'bermain hujan' semasa berjalan kaki dari rumah Mak Yong ke rumah Tok Mama tempoh hari. Atau.. Mungkin dia cemburu dan terasa hati apabila Opah menceritakan bahawa Baba dan Aunty bakal menimbang cahaya mata tak lama lagi.

"Baba dah tak sayang Diyanah ke..? Dah tak rindu Diyanah ke..? Diyanah rindu Baba.. Diyanah rindu Maa.."




Ujian yang berat, tanda Allah sayang. Persoalannya, sejauh mana hati mampu menerima?





No comments:

Post a Comment