#1st year
PMIUSM? Ooh. Yang kakak alumni matrik terchenta pernah sebut dulu tu? Macam best program-program dia. Join LTK. Allah amanahkan untuk jadi bendahari. Last amanah naib su MTD KMK. Memang rasa ralat nak handle part duit.
Girl Singing Contest by HELWI? Pengarah? Nak buat lagu mana ni?
Kata K.Tiqah : "Takpe dik.. Allah bantu insyaAllah. Tak tahu dekat maner-maner tanye akak eh."
#2nd year
Bendahari Kehormat. *Pengsan
"Akak, saya ni kan..memang la saya kata dulu, saya terima ja segala takdir Allah. InsyaAllah apa yang Allah tentukan tu memang ada hikmahnya. Tapikan kak.. Ni bendahari kehormat PMIUSM kot. Kalau lajnah boleh tahan lagi."
Kata K. Tiqah sambil tersenyum : "Takpe dik..InsyaAllah Allah bantu nanti. Luruskan niat. InsyaAllah..Boleh punyer."
#3rd Year
K.Tiqah : "Hehe.. Macam mana dik sekarang? Akak dah agak dah Mimie kena pegang jawatan tu."
*Macam nak lari dari universiti ja rasa.
"Akak.. Memangla Mimie boleh berjanji dan berusaha yang terbaik. Tapi Mimie bukan yang terbaik."
K. Tiqah : "Takpe dik.. Percaya Allah tentukan tu yang terbaik, insyaAllah boleh punye. Kuat eh dik. Kalau rasa nak nangis ke nanti sharela dengan akak."
# Hari walimah K.Tiqah
"Akak, jangan lupakan kami tau lepas ni. Kami masih lagi memerlukan belaian dan kasih sayang akak."
K.Tiqah : "Hissyhh.. Manenyer.. Akak tak luper adik-adik ni.. Adik-adik la yang dah tak ingatkan akak.."
"Akak, terima kasih sebab dah besarkan saya di USM."
K. Tiqah senyum.
She is one of those sisters who taught me what is exactly the thing so called "perjuangan". A great muslimah, who shed the tears and keep on striving for the sake of Allah. Yes everyone that I know ada cerita masing-masing. Tapi Allah takdirkan, dengan K.Tiqah momen-momen kesedaran tu lebih terasa. Tarbiyah 24 hours. Ke sana ke sini dengan sabarnya untuk beri bimbingan dan tunjuk ajar. Berjaya membuatkan hati insan yang kekurangan kasih sayang seorang kakak ni tersentuh.
Muslimah memang lemah pada fizikalnya. Tapi jika dididik untuk beriman dengan ayat-ayat Allah dan sunnah Rasulullah saw,insyaAllah kekentalan hatinya mampu memberi manfaat kepada umat.
Barakallahulakuma K.Tiqah dan pasangan.
Selamat menjadi isteri cantik,cerdik dan solehah. ;)
Selamat menjadi isteri cantik,cerdik dan solehah. ;)
Nota kaki :
#Ejaan kena betul since nak dapatkan feel macam K.Tiqah tengah bercakap secara berhadapan sekarang.
#Gambar credit to Zura & Alya.
No comments:
Post a Comment