Saturday, September 21, 2013

..:: Pemergianmu ::..

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan



Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa



Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat




Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu




Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya



Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya



Ya Rasulullah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu




Air mata meleleh.

"Abang.."

Amir Affendy menoleh.

"Awat..Abang.."

Nur Amirah terpana.

"Tak da.."

Suara Amir Affendy kedengaran serak. Tangan kanan mengesat air mata. Earphone di telinga ditarik.

Nur Amirah turut sama duduk di sebelah abangnya di atas titi kayu itu. Kakinya dibiarkan terjuntai.

"Abang dengaq lagu apa sampai emosi segala?"

Amir Affendy senyum. 

"Pemergian."

"Ohh.. Lagu pasal detik terakhir Rasulullah saw tu?"

Amir Affendy angguk.

Masing-masing mendiamkan diri. Hanya bunyi air sungai mengalir kedengaran.

"Abang.."

"Hmm.."

"Spill."

"Mana ada apa.."

"Tipu.I know you since baby."

"Baby kebenda umur kita beza 5 tahun kot."

"Lame la abang kerek dengan adik sendiri."

"Hal orang laki la..Orang pompuan takkan paham punya."

"Kedekut. Curious kot. I know how my abang behaves. Dia bukan jenis lelaki yang senang-senang nak meleleh ayaq mata kalau tak kerana benda yang sangat penting regarding dunia dan akhirat."

Sepi lagi.

"Abang rasa macam loser overdose.."

Amir Affendy mencari kekuatan.

"Bajet ja terkejaq majlis ilmu sana sini.. Nak kumpul ilmu banyak-banyak.. Nak amal semaksima mungkin.." 

Nur Amirah memandang jauh bukit-bukau di hadapan mereka. Setia mendengar.

"Tapi sebenarnya abang kalah dengan nafsu sendiri..
 Abang failed manage ego abang.. Tak ka lame tu? Rasulullah saw kekasih kesayangan Allah pun tak ego menggunung tinggi macam abang.. "

Mata Amir Affendy leka memerhati awan-awan.

"Tapi its still ok since abang boleh detect the problem. Itu tanda Allah sayang abang sangat-sangat."

"Susahlah nak berjihad untuk control benda alah satu tu.."

"Adik doakan abang boleh tone down your ego ya. Don't worry, insyaAllah if abang betul-betul ikhlas nak change for good, Allah akan tolong. Adik doa untuk abang banyak-banyak nanti na?"

Nur Amirah memberi semangat.

"Cakap macam orang dah besaq ja."

"Kan abang selalu marah adik dulu time adik takut nak jadi pengawas. Abang kata, Saidina Ali tu berani pertaruhkan nyawa since kecik lagi. Nak jadi pengawas ja pun nak takut. Kata nak masuk syurga. Allah dah bagi peluang untuk kita beramal, so buat lah sebaik mungkin. Samala macam situasi abang sekarang. Kata nak masuk syurga, so kenalah bermujahadah ikut teladan Rasullah saw."

Amir Affendy tersengih.

"Yalah.."

Nur Amirah memegang bahu Amir Affendy.

"Abang, adik nak jadi adik abang lagi di akhirat. Abang doakan na,doakan adik dapat masuk syurga dengan abang."

Amir Affendy senyum. Tangannya mengusap kepala adiknya. 

"InsyaAllah. Sama-sama kita berdoa."



mimiesstar-samm
lesson learnt 2009-2010
#AlhamduLillah

No comments:

Post a Comment