Monday, July 22, 2013

..:: Wahai Purnama ::..

Mata layu, kuyu dan lesu habis tahap dah.

Muka Kak Min ditatap.

"Awat yang muka sampai lagu tu cheq.. Taula posa pon."

Nailah memuncungkan mulut. 

"Lesu pelik la hari ni. Nak lipat envelop ni pun dah tak da daya."

"Sabar sayang. Ni medan jihad kita. InsyaAllah. Kerja kita ni dikira sebagai ibadah. Niat betul-betul tak ni? "

"Ya.. Ya.. Niat. Sahaja aku menjalani praktikal kerana Allah taala."

Kak Min tersenyum melihat Nailah. berjalan pun dah macam budak-budak mamai cari tilam dah.

"Kuat Nailah, kuat!" 

Kak Min memberi semangat.

"Ya. Kuatla wahai Nailah yang baik hati dan bersemangat waja. Kira kena bersyukurla kena turun ke site waktu pagi ja time bulan posa nih. Haihh."

Nailah sudah berpindah ke meja sebelah.

Laptop dihidupkan. Cursor berlari di skrin. Pop up Windows Media Player akhirnya muncul di skrin. Alaa play ja la lagu mana yang ada.

3 saat kemudian, suara merdu dan lunak anak kecil kedengaran.


Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Siang dan malam jua … siang dan malam jua

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Mereka yang istimewa dan amat sempurna …

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata


Syahdu satu lab.
Semangat berjaya dikumpul kembali. 
AlhamduLillah.



No comments:

Post a Comment