Tuesday, January 22, 2013

..:: Aku & Aishah ::..







Kehidupan setiap insan itu berlainan. Itu fitrah. Kehidupan diri ini juga sangat unik. Suatu ketika dahulu pernah menjadi budak hingusan yg penuh dgn angan-angan. Aku juga melalui momen-momen jahiliyah aku sendiri. Asyik dengan kaca-kaca dunia. Aku bersyukur kerana kaca-kaca itu memberi luka yg tidak begitu dalam dan masih mampu diubati.

Tiba di satu persimpangan, aku terjumpa seorang teman. Dia juga pernah memberikan aku luka walau dia bukan di antara kaca-kaca itu. Tetapi luka itu memberikan lebih banyak kebaikan. Dia seperti permata & bintang. Permata di bumi. Bintang di langit. Ya dia juga hamba Allah yg biasa. Namun dia tidak berputus asa utk menjadi hamba Allah yg tegar dgn imannya.

Dia tahu siapa aku pada waktu dulu. Setelah berubah, dia juga setia membantu aku dalam mengikis karat-karat jahiliyah.

Diri ini bersyukur dgn kehadirannya. Dia antara anugerah terindah dalam hidup ini.

Dia menerima aku seadanya sebagai seorang sahabat.
Moga Allah memberi aku peluang utk berteman dgnnya hingga ke syurga nanti.

Persahabatan krn Allah itu indah. Alhamdulillah.

*serius skema teruk guna bm*

thanx much coz be friend with me coz of Allah.
thanx much coz accepting me 4 who I am.
I don't care about their negative thought coz THEY aren't US.
Treasuring you as my best friend till forever,insyaAllah. I will.

No comments:

Post a Comment