Dilema dalam kehidupan seseorang hamba itu pasti akan menjelma jua. Setiap peringkat perlu dilalui oleh setiap hamba bagi memperoleh darjat di sisiNya. Ketika mana si cilik yang teruja menerokai dunia yang serba indah,ada antara mereka yang sibuk ditarbiyahkan di madrasah-madrasah ilmu menghafaz Al Quran dan melengkapkan diri dengan ilmu agama. Bukan semua kanak-kanak yang terpilih untuk membesar dengan bi'ah sebegini rupa.
Umur semakin meningkat,maka fikiran juga semakin terbuka.Ketika mana remaja-remaja sibuk menguji tahap kesosialan yang mampu dikecapi,ada juga sebilangan yang patuh dan taat pada hukum agama dek kerana sistem pendidikan yang berbeza tempat dan arus.Bukan semua yang berpeluang merasai nikmat kelazatan tarbiyah di taman Islami.Bahkan tidak ramai yang menyedari nikmat itu sebenarnya lazat tak terperi.
Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah
.[Ali Imran :110]
Hati-hati yang kekurangan barakah ini terus menyelusuri arus kemodenan duniawi.Kadang-kadang terlupa terus target dan misi utama dalam kehidupan iaitu mati.Tiba di satu persimpangan,cahaya Illahi menyinari satu jalan yang samar-samar arah tujunya.
Hati berkira-kira,perlukah aku melalui jalan itu bagi mengetahui apa yang ada di sana? atau biarkan cahaya itu memancar untuk insan lain?
Di sinilah titik tolaknya pintu hidayah terbuka luas bagi insan pilihan Allah.Terserah padanya untuk menerima atau menolak cinta hakiki ini.
Setiap hamba Allah itu diuji dengan tahap yang berbeza-beza.Jalan untuk berdakwah pada diri sendiri sudah cukup banyak duri-durinya.Apatah lagi jalan untuk berdakwah kepada seluruh alam.
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [An-Nur :55]
Buat insan yang dicelikkan oleh Allah mengenai pentingnya menegakkan kalimah Allah,maka bersyukurlah,bersemangatlah dan berjihadlah di jalanNya.Bersangka baiklah dengan Allah.Yakinlah bahawa jalan itu jalan yang terbaik dalam hidup kita.Mujahadah melawan nafsu perlu diseiringkan dengan melebarkan sayap dakwah Islamiyah.Kita tidak kuat kerana fitrah seorang hamba itu lemah.Namun kelemahan itu bukan alasan untuk kita berputus asa.
Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. [Al Kahfi : 13]
Menerima hakikat untuk mengasingkan diri dari duniawi amatlah susah khususnya para remaja yang mana sifatnya gemar meneroka sesuatu yang baru.Tema kebebasan tidak asing lagi dalam kehidupan golongan ini.Walhal para remajalah bakal pencetus kegemilangan agama pada masa hadapan.Satu lagi tugas yang amat berat untuk dipikul oleh da'ie-da'ie muda.Kitalah da'ie dan kita jualah mad'u.Antara kehendak hati dan kepentingan agama.Iman perlu diletakkan di hadapan emosi dalam menangani perkara ini.
Kepada yang mantap aqidahnya,jelas fikrahnya dan faqih ilmu agamanya,moga dithabatkan dalam perjuangan ini.Teruskan jihad dalam merealisasikan kebangkitan khilafah Islamiyah.Letak Allah dalam hati wahai jundullah sekalian.Tidak semua yang dipilih Allah untuk menegakkan panji-panji Lailahaillallah.Jika anda mengundur diri,Islam tidak rugi.Allah akan menggantikan anda dengan hamba yang hebat untuk memegang gelaran jundullah tersebut.Ketahuilah bahawa,golongan yang tercicir itulah yang menempah kerugian besar dalam hidup mereka.Jika ingin menempa syurga,teruskanlah perjalanan yang dipancar sinar hidayah dan disulami tarbiyah itu hingga ke akhirnya.Jangan sesekali melarikan diri atau berhenti di tengah jalan.
Allah matlamat kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran itu perlembagaan kami
Jihad jalan kami
Mati di jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.
mari mengukir seni kematian yang terindah~
(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." [Ali Imran :173]
update baru please...dahaga nak ilmu..hehe.
ReplyDeletekt u yg xdak pusat pengajian Islam mmg ssh nk jmpa ustazah.
ReplyDeletesbb tu aku join usrah.
insyaAllah.coming soon~