Monday, May 2, 2011

Aku dan Dia (2)

2


Esok ada kelas Agama,Koko,Bahasa Inggeris,Chemistry,Bio dan…end.Yes! Tak banyak homework kena buat.Nasiblah aku dah buat dah laju-laju masa dalam kuliah Fizik semalam.Eh kira baiklah kan daripada aku tidur meleleh air liur dalam dewan kuliah sejuk-sejuk tu.Huhu.Diana..Diana..Bila kau nak jadi baik? Diana menarik laci.Buku nota yang di atasnya tertulis D-E-S dikeluarkan.Diari barunya semenjak menjejakkan kaki di KSMS.

1st day in KSMS.
DES..aku ingat sensorang kat sini.Rupanya ada lagi 2 orang schoolmate aku tersesat datang sini jugak.Huhu.Memang kembang setaman la hati aku bila nampak ada jugak budak Methodist Girl School kat sini.Mana perginya ek budak-budak MGS? Semua dah menapak ke U ke? Orientasi boleh tahan tough.Naik sengal kaki aku.Tak kan nak merangkak naik blok kot.huhu.Roommate? Macam chipsmore.Kejap ada keja takder.Dia selalu lepak bilik member dia.

Sunyi? Naa..aku just terfikir.Bila aku boleh outing? Nak beli Klik and Rem baru.Ooh introducing to you..Rem a.k.a Remaja.Sini macam jauh dari mall.Am I will miss the latest movies? Eh Year End Sale pon belum tentu aku boleh catch up tau.Jeans yang dah lama aku nak tu tak dapat lagi.Wuuuaaaa!!! Eh kira Ok la aku tak macam perempuan-perempuan yang bergaya sakan tu.Simple and Sweet.hahaha.That’s me.

Diana tersenyum keseorangan.Ini cerita aku.Cerita orang sebelah macam mana pula? Orang sebelah? Macam seram saja bunyi.Isy Diana.Jangan mula cerita. Roommate kau tak tidur di bilik malam ni.Aulialah maksud aku.Aulia.Aulia.Aulia.Misteri sangat ke kau ni?Masa first day dulu aku tak perasan apa pun.Semuanya nampak normal saja. Ingat lagi..

“Aulia.Dari Kedah.” Aulia tersenyum sambil menyambut huluran tangan Diana.

“Oh.Saya Diana.Ipoh mali.Bilik kita bersebelahan.”

Genggaman tangan sudah dilepaskan.

“Saya tunggu mama dan papa pergi beli barang.Awak? Dah settle barang-barang? Mak ayah awak mana?” Diana bersuara.

“Tak settle lagi.Saja keluar sat.Ambil angin.Mak dengan abah dah balik.”Aulia membalas.

Mak ai.Boleh tahan pekat Kedah cheq no.Nasib baik aku selalu tengok tv.Boleh la tangkap lagi.Diana berbisik dalam hati.

“Awak kalau boring singgahlah bilik saya.Saya on ja bila orang ajak lepak.” Diana ikhlas mempelawa.

“Never give away the chance if you can’t give it till the end”

Senafas Aulia menuturkannya sambil menengadah ke langit.

“Apa awak cakap? Burung-burung tu bising sangat.Sorry tak jelas.”

Aulia tersenyum. “Tak da apa.Tak pa lah.Nak solat.Pi dulu.”

Aulia.Dia tersenyum manis di awal perkenalan kami.Tapi hari demi hari aku dapat merasai kelainannya.

“She got something in herself.It’s ok if tak nak share.But at least, let me be in? Can’t I?”

Tanpa sedar Diana menuturkannya.DES yang tiba-tiba terjatuh menyedarkan Diana dari lamunannya.
“Opocotot Tongkat Ali Kacip Fatimah!!”

Termelatah Dania dek kerana sebatang tubuh tegak berdiri bagai tiang lampu lebuhraya di sebelah.

Aulia tunduk  mengambil DES dan menghulurkannya pada Diana.Diana menyambutnya dengan sebelah tangan.Sebelah lagi sedang mengurut dada.

“Thanks.Awak ni,kalau saya ada penyakit jantung macam mana?”

Tersemput-semput Diana mengeluarkan kata-kata.

“Sapa suruh mengelamun tak ingat dunia? Siap cakap sorang-sorang lagi.Aku pun terkejut hang tetiba 
menjerit tak ketahuan punca.Kus semangat tau dak?” Aulia membalas.

“Aulia Syazwanie Qistina? Awak pun penakut ke? Hehe.Ingat gaya gangster macam awak hati tak cepat gemuruh.” Diana senyum menyakat.

Aulia hanya diam membisu.Tangannya menyelak langsir kamar.Benda yang dicari tiada.

“Takde bintang malam ni.Kan nak hujan.” Kata Diana sambil berlalu ke katilnya.

“Takpalah.Aku balik dulu.” Aulia terus berjalan menuju ke pintu.

“Eh datang sini nak apa sebenarnya?” Dania kehairanan.

“Cari bintang.” Aulia menjawab sepatah dan terus berlalu.

Kan aku dah kata..

Aku dan Dia (1)


1

“Apa masalah awak?”


Diana memecahkan sunyi antara mereka. Aulia tetap diam memandang langit. Slumber badak betul budak ni. Mentang-mentang gelap kat sini. Slumber don’t-know ja kau terlentang kat padang ragbi ni ya Aulia. Diana bermonolog dalam hati.


“Eh tak kotor ke tudung awak tu? Udahla labuh.”


Mata Aulia tetap pada bintang.


“Tak pa.Bukan nak pakai solat.”


Pendek Aulia menjawab.


“Eh hang tak pi join yang lain? Licin makanan orang sapu kang. Salah aku pulak ajak hang lepak sini.Dah..pi kat depa tuh”


Laju mulut Aulia berbicara.


Isyh budak ni.Pakai main sedap hati ja suruh aku blah.Aku tinggal betul-betul baru tau.Hmm..Diana sudah terlentok di atas lututnya sendiri.Aulia ni kenapa ek? Tengok cara macam tak ada apa-apa masalah.Masalah famili? Kan selalu ja dengar dia sembang dengan mak  bapak dia.Paling lama pun dalam 3 hari sekali mesti dengar.Ada penyakit? Tak perasan pula aku. Makan ja semua benda aku bagi sepanjang 3 bulan ni.Masalah boyfriend? Ehehe. Tak payah tengok tudung lagi pun dah boleh tau macam mana  keadaan dia bila berada dalam kalangan lelaki.


Orang cakap dia ada keluarkan aura yang hanya boleh dirasai lelaki.Aura apa? Aku tak pasti. Tapi boleh nampak la.Buaya darat pun boleh terjun ke laut.Punyala nak lari dari terkena aura  si Aulia ni.Untuk mendapatkan maklumat yang sahih,aku sendiri pernah tanya dia.


“Awak anti lelaki ke Aulia?”


Aulia terus menjawab, “Apa ingat aku nak Nabi Muhammad SAW tak mengaku aku umat?”


Termaktublah bahawa bukan kes lelaki.Habis..Apa kenanya dengan Aulia Syazwanie Qistina Binti Amran? Tak pun memang spesies pendiam agaknya. Hii.. Buang tabiat apa kalau cakap orang macam ni pendiam. Budak Aulia ni sekali buka mulut,ibarat peluru mencurah-curah keluar dari mulut dia.


Aulia bangun sambil menghadap betul-betul  hadapan muka Diana.


 “Diana Elleanie Safira Binti Fauzi.Dah puas merenung aku? Aku spesies suka patahkan hati orang.But I still give you a chance if you want. ”


Aulia mengenyit mata nakal.Diana sudah terlopong.


“Dah. Malas nak main.Aku lapar.Jom ikut kalau nak.”


Aulia berkata sebelum berlalu pergi. Kan aku dah kata.. She’s unique.Haa..that’s the only word suit her well. “Syazwan! Wait for me.Lapar jugak!!”


Jamuan makan malam B2P2 kelas Sains Hayat di Kolej Sultan Mansur Shah  berlangsung dengan meriahnya.Jamuan yang diadakan untuk meraikan kejayaan kelas mereka dalam projek Sains peringkat kolej sengaja diadakan pada malam hari dan diadakan di padang ragbi.Siapa yang bertanggungjawab memberikan  idea  masa dan tempat? Aulia.

..::magic word::..

SABAR & IKHLAS


magic word merangkap kunci segala kejayaan di dunia..


yeah..yeah..words yg selalu didengar tapi xselalu diamalkan..

diri 0h diri..

jom kita pakat-pakat sabar n ikhlas yep..

penting..sangat penting selagi mana kita hamba ALLAH

SABAR

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.” (157) Al-Baqarah


lagi?
bila kita ada sifat SABAR;

1.Allah bersama kita.
2.Tergolong dalam kalangan orang yang berjaya
3.Dimuliakan Allah.
4.Membuka pintu rezeki.
5.Disenangi manusia.[ingat senang manusia nak menyenangi manusia lain.behavela behave]
6.Muda selalu.[sebab orang sabar sentiasa tenang.X tarik muka cekodok]
7.Penghapus dosa
8.Allah dan para malaikat mencintai kita.
[Allah sayang => malaikat sayang => seluruh isi alam menyayangi kita]


IKHLAS

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (Al-Kahf:110)

every single thing.I'do it.just for YOU..


bila IKHLAS;

1.Allah sayang.
2.Hati senang.[bila hati senang..ada kisah pasal semua benda lain?]



SABAR N IKHLAS..

keep reaching 4 it!!

May our life be blessed by ALLAH always~